Telefilem Enjit-Enjit Semut Di TV3

by

aimanabdullah

November 19, 2026

Enjit-Enjit Semut

Untuk anda yang merindui lakonan arwah Kamarool Haji Yusoff, anda boleh saksikan telefilem Enjit-Enjit Semut yang akan dibawakan semula oleh TV3 pada hari Jumaat ini, 20 November 2026, jam 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang.

Telefilem yang pada asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini merupakan terbitan produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd. Diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi, Heykal Hanifah dengan nukilan skrip daripada Zabidi Mohamed

Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Wayang TV3
Tarikh : 20 November 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : Zabidi Mohamed
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Selain itu, terdapat juga lakonan daripada Nabil Aqil, Yuna Rahim, Usop Wilcha, Rashidi Jaafar, Dewa Sapri, Fathil Dani, Danish Hazriq, Syed Ali Murtadha, Jay Nazif dan ramai lagi.

  • Nabil Aqil sebagai Muaz
  • Yuna Rahim sebagai Shaza
  • Usop Wilcha sebagai Hj. Daud (Pengerusi)
  • Kamaroll Hj Yusoff sebagai Pak Dollah
  • Rashid Jaafar sebagai Mejar (B) Jamaludin
  • Dewa Sapri sebagai Hj. Dorani (Tok Mudim)
  • Fathil Dani sebaga Hj. Wan Ismail (Imam)

Sinopsis Telefilem Enjit-Enjit Semut

Telefilem Enjit-Enjit Semua mengisahkan tentang AJK Masjid yang semua terdiri daripada warga emas dan warga pencen.

Kali ini mereke memberi peluang kepada 5 pelajar sekolah menengah untuk menjadi AJK Masjid dengan melakukan program untuk ‘meremajakan’ aktiviti-aktiviti masjid.

Dengan perubahan itu, AJK Masjid yang terdiri warga emas ini berharap program yang dijalankan oleh pelajar-pelajar tersebut berjaya menarik lebih ramai qariah tempatan untuk datang solat jemaah dan mengimarah kan masjid tersebut.

Sumber : klapbod.com