Drama Wali Dalam Tangisan Di Viu

by

aimanabdullah

November 19, 2026

Drama Wali Dalam Tangisan

Jangan lupa saksikan drama Wali Dalam Tangisan yang akan menemui penonton mulai 19 November 2026, bersiaran setiap Khamis dan Jumaat menerusi platform Viu. Anda boleh strim secara online di https://www.viu.com/ott/my atau menggunakan aplikasi mobile.

Drama yang membawakan kisah tentang konflik dan romantik kekeluargaan ini mengetengahkan tiga watak utama daripada gandingan dan pelakon muda antara Jazmy Juma, Ezzanie Jasny dan Haidar Hasanudin.

Episod : 12
Bersiaran : Viu
Tarikh : Mulai 19 November 2026 (Khamis & Jumaat)
Penulis Skrip : Liza Nur
Pengarah : Riza Baharudin & Jamal Khan
Produksi : Global Film Station Sdn. Bhd.

Wali Dalam Tangisan Viu

OST Drama

Tajuk Lagu : Cinta Terlarang
Penyanyi : Khai Bahar
Komposer : Dindan
Penulis Lirik : Dindan

BACA JUGA : Lirik Lagu Cinta Terlarang

Pelakon & Watak Lakonan

Selain daripada 3 pelakon utama, terdapat juga penampilan seperti Syad Mutalib, Fadilah Mansor, Faha Azhar, Baizura Kahar, Rasya Dean, Maya Fathia, Rayyan Mikail, Muhd Aniq, Hanna Delisha dan ramai lagi.

  • Jazmy Juma sebagai Alif
  • Ezzanie Jasny sebagai Suraiya
  • Haidar Hasanudin sebagai Redza
  • Syad Mutalib sebagai Marsya
  • Fadilah Mansor sebagai Nek Esah
  • Baizura Kahar sebagai Masyitah
  • Rasya Dean sebagai Fatimah
  • Faha Azhar sebagai Leman

Sinopsis Drama Wali Dalam Tangisan

Drama Wali Dalam Tangisan mengisahkan tentang Alif dan Suraiya iaitu dua individu yang membesar bersama dalam hubungan sebagai bapa saudara dan anak saudara meskipun hanya berbeza usia empat tahun.

Keakraban sejak kecil menyebabkan mereka saling memahami, namun hubungan berkenaan mula berubah apabila perasaan yang tidak sepatutnya wujud semakin sukar disembunyikan.

Konflik tercetus apabila Alif memperkenalkan teman wanitanya, Marsya kepada keluarga, sekali gus membangkitkan rasa cemburu dalam diri Suraiya.

Walaupun cuba menafikan perasaan sendiri, Suraiya akhirnya terpaksa berdepan hakikat bahawa kasih sayangnya terhadap Alif sudah melangkaui hubungan kekeluargaan yang sepatutnya.

Tanpa pengetahuan Suraiya, Alif sebenarnya turut menyimpan perasaan yang sama, namun memilih untuk berdiam diri demi menjaga hubungan keluarga dan mengelakkan keadaan menjadi lebih rumit.

Keadaan bertambah getir apabila kematian mengejut ibu saudara Suraiya, yang juga kakak kepada Alif, mengubah kehidupan mereka dan membawa konflik emosi ke tahap lebih mendalam.

Dalam kesedihan akibat kehilangan ahli keluarga, kedua-duanya terpaksa menilai semula perasaan masing-masing ketika tekanan dan harapan keluarga terus membayangi setiap keputusan.

Persoalannya, sejauh mana mereka sanggup mempertahankan perasaan yang bertentangan dengan batas kekeluargaan, atau memilih untuk mengorbankan kebahagiaan sendiri demi menjaga hubungan yang sudah lama terbina?