Lirik Tinggi – Kmy Kmo, Luca Sickta, Niken Salindry

by

aimanabdullah

November 18, 2026

Lirik Tinggi - Kmy Kmo, Luca Sickta, Niken Salindry

Kmy Kmo dan Luca Sickta kembali dengan sebuah lagu baru berjudul Tinggi dan kali ini mereka berkolaborasi dengan seorang penyanyi wanita Indonesia iaitu Niken Salindry. Tinggi merupakan salah satu lagu dalam album terbarunya, Gong.

Anda boleh dengarkan 12 trek lagu yang disediakan dalam album Gong disini termasuk Tinggi. Bukan itu sahaja, lagu ini tersedia muzik video yang mana anda boleh tonton di laman youtube Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Tajuk Lagu : Tinggi
Penyanyi : Luca Sickta, Kmy Kmo & Niken Salindry
Komposer : Luca Sickta, Kmy Kmo
Penulis Lirik : Luca Sickta, Kmy Kmo

Lirik Tinggi

Tinggi bukit gilang gemilang
Nampak dari si tanjung jati
Budi sedikit masa kan hilang
Tetap dikenang sampai mati

Nak dibakar belerang,
Nak perasap setanggi,
Nak dilakarnya ruang,
Bertinta yang abadi

Berapa zaman digilis
Yang aman dikikis
Sampai waris berputih mata
Berapa garis dilukis
Yang pandai menulis
Lambai sinis bila dalam akhbar
Samar
Disangkar baris penyamar
Dicabar keris pendekar menabur bakti
cara percuma
Perbahasan pedangnya mata dua
Perbarisan gedang bila keluar
Yang bijak nampak londeh seluar
Yang kurang, angguk terima jua
Konklusinya
mana harga diri
Bila di inkuiri
tuan punya kerusi,
Hilang, tak berdiri,
Tak ambil peduli,
Katanya zaman berubah
Namun sejarah, abadi

Tinggi bukit gilang gemilang
Nampak dari si tanjung jati
Budi sedikit masa kan hilang
Tetap dikenang sampai mati

Nak dibakar belerang,
Nak perasap setanggi,
Nak dilakarnya ruang,
Bertinta yang abadi

Misi diri ini,
Visinya dari kiri,
Sisi dari iri,
Intinya cari ciri,
Bongkar,
Nak selamat hidup kena rajin selongkar,
Berapa Rahmat hirup bayang gurau onar,
Diberi emas permata mudah longgar,
Budi aras Mega jadi Tinggi bonar,
Sobar,
Menahan jiwa dari mendongak,
Larikan minda berkira congak,
Al-Gorismi ya takkan membongak,
Yang berkocak kan ditambah tolak,
Yang beronak kan melakar corak,
Seperangkatan suara sorak,
berteriak gah saat dipuncak,
menara dimana tempat kau dijulang
Segala jasa yang digasak ber-uang,
Peluang dan ruang ditanam berulang,
Ku pacakkan tulang,
Di Bukit Gemilang,
Huh !

Tinggi bukit gilang gemilang
Nampak dari si tanjung jati
Budi sedikit masa kan hilang
Tetap dikenang sampai mati

Nak dibakar belerang,
Nak perasap setanggi,
Nak dilakarnya ruang,
Bertinta yang abadi