Astro bawakan sebuah siri drama muzikal kepada penonton menerusi School Of Stars (S.O.S). Jadi jangan lupa saksikan drama ini yang akan mula disiarkan pada 18 November 2026, setiap Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam menerusi slot Drama Vaganza di Astro Ria.
Selain daripada menonton di kaca tv, anda juga boleh strim drama arahan Imri Nasution ini menerusi platform Sooka. Anda boleh strim di https://sooka.my/ atau menggunakan aplikasi mobile.
Episod : 8
Bersiaran : Slot DramaVaganza Astro Ria
Tayangan : Bermula 18 November 2026 (Rabu & Khamis)
Pengarah : Imri Nasution
Produksi : Red Communications Sdn. Bhd.

OST Drama
Tajuk : Terbang Tinggi
Penyanyi : DNA
Komposer : Justin Seow, Kuizz, James Chaw, Sean Lew, Adly Kiddy
Penulis Lirik : Justin Seow, Kuizz, James Chaw, Sean Lew, Adly Kiddy
BACA JUGA : Lirik Terbang Tinggi – DNA
Pelakon & Watak Lakonan
Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam siri ini seperti Evertts Gomes, Nelysa Kay, Daniel Fong, Alvy Joanna, Faiz Najib, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila dan Rashidi Ishak. Turut menampilkan kumpulan Alpha.
- Evertts Gomes sebagai Fiz
- Nelysa Kay sebagai Puteri
- Daniel Fong sebagai Damien
- Alvy Joanna sebagai Jennie
- Faiz Najib sebagai Aniq
- Adlin Aman Ramlie sebagai En. Ihsan

Sinopsis Drama School Of Stars
Drama School Of Stars yang mengangkat kisah persahabatan, percintaan dan persaingan dalam dunia seni bermula dengan kisah Fiz iaitu seorang pelajar berbakat daripada keluarga berpendapatan rendah yang menerima biasiswa dalam bidang seni.
Kehidupannya berubah ketika menyertai School Of Stars apabila bertemu Puteri, seorang pelajar yang mempunyai harapan tinggi terhadap dirinya, serta Damien, teman lelaki Puteri daripada keluarga berada.
Perbezaan latar belakang mereka mencetuskan persaingan sebelum masing-masing perlu belajar bekerjasama.