Lirik Tangisan Dalam Kerinduan – Farah AF2

by

aimanabdullah

November 16, 2026

lirik tangisan dalam kerinduan farah af2

Tangisan Dalam Kerinduan merupakan lagu baru yang dihasilkan untuk bintang Akademi Fantasia Musim Ke-2 iaitu Farah ketika beraksi di konsert final pada tahun 2004. Selepas tamat barulah ianya dirakam semula dimuatkan dalam album “Antara Dua”.

Lagu ini pernah dimainkan di radio dan kini anda boleh dengarkan semula di platform-platfrom digital seperti Youtube Music dan Spotify. Namun begitu, sehingga hari ini tiada lagi muzik video yang dikeluarkan untuk tontonan ramai.

Tajuk : Tangisan Dalam Kerinduan
Penyanyi : Farah
Komposer : Adnan Abu Hasan
Penulis Lirik : Adnan Abu Hasan

Lirik Tangisan Dalam Kerinduan

Dalam kerinduan ini
Ku menatap gambar wajahmu di ruang kamar
Rintahan asmara kau dan aku
Kini tinggal memori yang menghiris di kalbu

Duhai bayu
Sampaikan salam pada dirinya
Nyatakan betapa kini perpisahan
Semua kuredhai

Dalam tangisan yang syahdu
Kau mendustai percintaan diriku
Setelah aku memberi segala-galanya
Pengorbanan ku kau persiakan

[Bridge]
Oh mengapa
Tangisan dalam kerinduan ini
Menjadi kehidupanku tidak menentu
Keretakan bak dihempas kaca
Oh mengapa

[Korus]
Ku masih merinduimu
Walau tidak dijodohkan
Suratan takdir telah menentukannya

Kumasih menyintaimu
Hingga ke akhir hayatku
Biarku simpan perasaaan ini¡­ kasih

Izinku membawa diri
Oh bayu sampaikan salam perpisahan
Oh.. dari ku

Ulang Bridge & Korus