Lirik Antara Dua – Farah AF2

by

aimanabdullah

November 16, 2026

lirik antara dua farah anuar

Farah Diana Anuar atau juga dikenali dengan Farah AF2 telah menghasilkan lagu Antara Dua yang mana ianya dimuatkan dalam album sulung beliau bertajuk ‘Antara Dua’ sekitar tahun 2005 selepas tamat pengajian di Akademi Fantasia 2.

Umum mengetahui Farah merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim ke-2 dan ketika itu beliau berjaya meraih tempat keempat. Kemudian beliau terus menghasilkan 8 lagu yang dimuatkan dalam album dan salah satunya adalah Antara Dua.

Tajuk : Antara Dua
Penyanyi : Farah AF2
Komposer : Adnan Abu Hassan, Firhad
Penulis Lirik : Faris

Lirik Antara Dua

Bukan Niat untuk ku menipu pada dirimu
Tak perlu kau fikir beban hidupmu
Bila kau sedari ceritaju yang sedih itu
Semuanya palsu belaka

Bukan niat untuk ku mengelak menjauhkan mu
Itu hanyalah rancanganku
Pasti kau fahami seandainya bisa kau tahu
Ada udang disebalik batu

Terlalu lamakah hubungan yang kita bina
Seperti kau tahu ku pasang dua
Bukannya mudah melakukan segalanya
Untuk pastikan semuanya rahsia

Di sini aku meluahkan, di sana aku permainkan
Tapi kedua-duanya istimewa bagiku
Di sini membahagiakan, di sana tersangatlah tampan
Sukarnya bagiku melupakan keduanya