Telefilem Like & Latte Di UTV

by

aimanabdullah

November 16, 2026

like & latte utv

Jangan lupa saksikan telefilem Like & Latte yang akan mula menemui penonton pada 16 November 2026, hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi platform penstriman UTV. Anda boleh strim di aplikasi mobile.

Telefilem ini menampilkan gandingan 3 pelakon utama iaitu Shahz Jasle, Diana Danielle dan Nadia Brian sepanjang penceritaan.

Tayangan : UTV
Tarikh : 17 November 2026 (Selasa)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Azmi Hata

like and latte utv

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi Like dan Latte seperti Shahz Jaszle, Diana Danielle, Nadia Brian, Razzuan Rosli dan ramai lagi.

  • Shahz Jaszle sebagai Adam
  • Diana Danielle sebagai Zara
  • Nadia Brian sebagai Diana
  • Razzuan Rosli sebagai Rayyan

Sinopsis Telefilem Like dan Latte

Telefilem Like and Latte mengisahkan tentang Adam dan Zara yang bergelut menyelamatkan kafe mereka apabila tekanan kewangan dan perbezaan pendapat mula meretakkan hubungan

Pergaduhan mereka yang tidak sengaja menjadi viral membawa pelanggan, menjadikan konflik sebagai strategi pemasaran. Namun apabila emosi sebenar mula bercampur dengan “content”, serta kemunculan bekas kekasih, mereka harus memilih antara kejujuran atau kejayaan.