Mungkin drama Secret Book Club akan meletup selepas 18 November ini. Manakan tidak ketika trailer diperkenalkan, rata-rata mendapat komen positif daripada nitizen. Ramai yang ingin menantikan drama ini akan disiarkan nanti.
Jadi bagi yang anda tidak sabar-sabar untuk mengikuti drama ini, anda boleh saksikan menerusi saluran Sensasi di Unifi TV yang akan bersiaran setiap hari Rabu pada pukul 10.00 malam.
Episod : 9
Tayangan : Saluran Sensasi Unifi TV
Bersiaran : Mulai 18 November 2026 (Setiap Rabu)
Idea Asal : Eenaz Mokhtar
Penulis Skrip : Eanaz Mokhtar, CTNa Marzuki, Zuli Ismail, Suzana Ahmad
Pengarah : Reen Emran
Produksi : Playwright Pictures Sdn. Bhd.

OST Drama
Tajuk : Takkan Patah Lagi
Penyanyi : Alyssa Dezek
Komposer : Alyssa Dezek, Eenaz Mokhtar, Zikri Zakaria
Penulis Skrip : Alyssa Dezek, Eenaz Mokhtar, Nana Sheme
Pelakon & Watak Lakonan
Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama Secret Book Club ialah Tiz Zaqyah, Norreen Iman, Zahiril Adzim, Alyssa Dezek, Arena Wan, Aida Amron, Kween Keela dan Hello Angah.
Selain itu, terdapat juga penampilan daripada Catriana Ross, Tony Eusoff, Zarul Umbrella, Farah Ahmad, Faha Azhar, Emma Reanna, Haeriyanto Hassan, Nik Rifaie dan ramai lagi.
- Tiz Zaqyah sebagai Cikgu Shasha
- Zahiril Adzim sebagai Ariff
- Norreen Iman sebagai Ustazah Harrisa
- Alyssa Dezek sebagai Hidayah
- Arena Wan sebagai Maya
- Aida Amron sebagai Kartini
- Hello Angah sebagai Ayu
- Farah Ahmad sebagai Puan Raihanum

Sinopsis Drama Secret Book Club
Drama Secret Book Club mengisahkan tentang sekumpulan pelajar dan guru di sebuah sekolah elit iaitu SMK Bestari Emas yang mana terikat dengan sebuah kelab buku rahsia.
Setiap ahli menyimpan rahsia tersendiri dan kisah silam yang berkait rapat antara satu sama lain. Konflik mula tercetus apabila rahsia-rahsia yang tersimpan mula terbongkar satu demi satu.