TV3 bawakan kembali telefilem Susu Lima Kupang yang mana membawa cerita tentang soal kekeluargaan, pengorbanan dan kecekalan. Seorang anak kecil kekal tulus walaupun kehidupannya penuh dengan kesempitan.
BACA JUGA : Telefilem Rahsia Kelabu Di TV3
Telefilem ini pernah ditayangkan pada tahun 2025 dan kini akan menemui penonton semula iaitu pada 29 November 2026, hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3. Selain itu, penonton juga boleh strim secara online di Tonton.
Tayangan Asal : 2025
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 29 November 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Janna Nick
Penulis Skrip : Fairul Nizam Ablah
Pengarah : Janna Nick
Produksi : Anomalous Films
Pelakon & Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini iaitu Trisha Ooi, Aiman Badrul, Farah Ahmad, Zulkifli Ismail, Azhar Zakaria, Muhammad Haziq, Muhammad Syah Yamani dan ramai lagi.
- Aiman Badrul sebagai Zakari
- Trisha Ooi sebagai Emak
- Farah Ahmad sebagai Maktok
- Zulkilfi Ismail sebagai Pak Karim

Sinopsis Telefilem Susu Lima Kupang
Telefilem Susu Lima Kupang mengisahkan tentang Zakaria iaitu seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang hidup dalam serba kekurangan bersama ibunya yang autistik dan neneknya.
Dibuli kerana tiada ayah dan hidup terpencil, Zakaria menemukan keselesaan dalam persahabatannya dengan seekor kambing bunting yang dinamakannya Maryam.
Namun apabila Maryam secara tidak sengaja merosakkan radio kesayangan ibunya dan menyebabkan gangguan emosi, Zakaria nekad mencari jalan untuk menggantikannya.
Dari situlah tercetus ideanya untuk menjual susu kambing, simbol kasih sayang dan harapan seorang anak kecil yang mahu melihat ibunya tersenyum kembali.