Dengar kan sebuah lagu baru daripada gandingan Aman RA bersama Raja Nazrin Shah berjudul Takkan Ku Tunduk. Sebuah lagu yang dihasilkan untuk dijadikan runut bunyi atau OST bagi filem Takluk 2: Op Daulat yang akan ditayangkan di pawagam pada 26 November 2026.
BACA JUGA : Info Sinopsis Filem Takluk 2: Op Daulat
Sebelum filem ini ditayangkan di pawagam, lagu ini telah diperdengarkan seminggu lebih awal menerusi platform digital audio. Selain itu, muzik video juga telah dihasilkan dan anda boleh saksikan di laman Youtube Multimedia Entertainment.
Tajuk : Takkan Ku Tunduk
Penyanyi : Aman RA, Raja Nazrin Shah
Komposer : Aman RA, Aziem Rashidi, Ken Hor
Penulis Lirik : Aman RA, Aziem Rashidi
Lirik Takkan Ku Tunduk
(VERSE)
Malu berani, takut mati
Ku kongsi perasaan ku
Ku datang, ku lihat, ku takluk
Setiap penggal
Ada cuba tuk penggal ku
Ku datang, ku lihat, ku takluk
Beradu lengan, jari mati
Ku tunjuk perasaan ku
Ku datang, ku lihat, ku takluk
Ramai yang kenal
Tak ramai yang mengenal ku
Ku datang, ku lihat, ku takluk
Ku kan berkorban
Selagi ku ada nyawa
Ku kan berbakti
Selagi ku di sisimu
Ku kan berkorban
Selagi ku ada nyawa
Ku kan berbakti
Selagi ku di sisimu
(PRECHORUS)
Malam panjang tanpa jawapan
Bumi ini masih berdenyut
dalam kabus
Sumpah mati ku untuk negara
(CHORUS)
Takkan aku tunduk!
Walau dunia binasa
Selagi bara ini kan menyala
Jadi nyawa negara
Takkan aku hilang!
Walau jasad ditelan masa
Ini sumpah darah dan jiwaku
Kemenangan milik kita
(VERSE)
Matlamat memperkenalkan cara
Takut lagi kuat daripada cinta
Resah setengah mati
Daku buat apa boleh untuk hidup satu hari lagi
Amarah, ku rasa tak tentu arah
Dengar suara hati atau bisikan minda?
Rebah setengah mati daku buat apa boleh
Untuk cuba satu kali lagi
Jika ku ada lagi sedikit jasa
Ku berkorban demi sesuatu berharga
Ku pertaruhkan apa yang ku empunya
Dan segala yang diriku ada
Jika ku ada lagi sedikit masa
Tuk ubah sesuatu atau sebuah harga
Kan ku bayar dengan diri tak sempurna
Dan ku berikan apa ku ada
(PRECHORUS)
Sumpah mati ku untuk negara
(CHORUS)
Takkan aku tunduk!
Walau dunia binasa
Selagi bara ini kan menyala
Jadi nyawa negara
Takkan aku hilang!
Walau jasad ditelan masa
Ini sumpah darah dan jiwaku
Kemenangan tetap milik kita
Oh oh oh… Oh oh oh…
Oh oh oh… Oh oh oh…
Ku datang, ku lihat, ku takluk
Ku datang, ku lihat, ku takluk
Ku datang, ku lihat, ku takluk
Ku datang, ku lihat, ku takluk