Filem Takluk 2: Op Daulat yang sarat dengan aksi ketenteraan ini merupakan sekuel kepada Takluk: Lahad Datu yang mana akan menemui penonton pada 26 November 2026 di pawagam seluruh Malaysia.
Berbeza dengan filem awal, untuk Takluk 2: Op Daulat bakal menampilkan pengilabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkata Tentera Malaysia (ATM). Dalam itu juga akan ada unsur PASKAL, PASKAU dan Tentera Darat.
Disebabkan ianya merupakan kesinambungan daripada filem awal, jadi masih ada pelakon dan watak asal disamping penglibatan pelakon-pelakon baru yang lain seperti Datuk Remy Ishak, Nas-T, Luqman Hafidz dan ramai lagi.
Genre : Aksi Perang, Patriotik
Tayangan : Pawagam
Tarikh : 24 November 2026
Pengarah : Zulkarnain Azhar
Produksi : Multimedia Entertainment, GSC, Astro, SixFun Media

OST Filem
Tajuk : Takkan Ku Tunduk
Penyanyi : Aman RA, Raja Nazrin Shah
Komposer : Aman RA, Aziem Rashidi, Ken Hor
Penulis Lirik : Aman RA, Aziem Rashidi
BACA JUGA : Lirik Takkan Ku Tunduk
Pelakon & Watak
Antara pelakon yang terlibat dalam filem Takluk 2: Op Daulat ini ialah Syafiq Kyle, Datuk Remy Ishak, Kamal Adli, Fadlan Hazim, Dato’ Rahim Razali, Dato’ Eman Manan, Riezman Khuzaimy dan Josiah Hogan.
Selain itu, terdapat juga penampilkan daripada Nas-T, Luqman Hafidz, Amir Nafis, Sara Ali, Anas Riduan, Nasir Jani, Mimi Lana, Dato’ Khairul Anwar Salleh, Haeriyanto Hassan, Wan Raja, Hawa Rizwana dan ramai lagi.
- Syafiq Kyle sebagai DSP Zambri
- Datuk Remy Ishak sebagai Mejar Haikal
- Kamal Adli sebagai DSP Jai
- Fadlan Hazim sebagai Sarjan Apot
- Dato’ Rahim Razali sebagai Raja Indra
- Dato’ Eman Manan sebagai Raja Iskandar
- Riezman Khuzaimy sebagai SAC Datuk Mizan
- Josiah Hogan sebagai SAC Kamal

Sinopsis Filem Takluk 2: Op Daulat
Filem Takluk 2: Op Daulat diinspirasikan daripada insiden sebenar yang terjadi semasa Ops Daulat yang pernah menggegarkan negara pada 11 Februari 2013. Waktu itu, pengganas Sulu telah mencerobohi Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah.
Pada akhir Ops Daulat, seramai 56 pengganas dilaporkan tewas bersama enam orang awam. Pertempuran juga mengakibatkan 12 orang wira negara gugur di medan perang setelah bergadai nyawa demi melindungi kedaulatan tanah air.