Telefilem Makbul Di TV3

by

aimanabdullah

November 20, 2026

Makbul

TV3 bawakan kembali telefilem yang pernah disiarkan pada tahun 2020 dan kini akan menemui penonton semula pada hujung minggu ini. Jadi jangan lepas peluang tersebut.

Saksikan telefilem Makbul yang akan ditayangkan pada 21 November 2026, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekrama di TV3 atau boleh strim secara online di Tonton.

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 21 November 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Pengarah : Fairuz Loy
Produksi : Country Universal Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi Makbul seperti Aedy Ashraf, Shah Faris, Hafeez Mikail, Liza Abdullah, Rahim Omar, Anne Abdullah, Syamil Muhsin, Arisa Soraya, Edaman Othman dan ramai lagi.

  • Aedy Ashraf sebagai Akbar
  • Shah Faris sebagai Hafiz
  • Hafeez Mikail sebagai Along
  • Liza Abdullah sebagai Mak
  • Rahim Omar sebagai Ibrahim
  • Anne Abdullah sebagai Ruby

Sinopsis Telefilem Makbul

Telefilem Makbul mengisahkan tentang Amir Hafiz yang meninggal dunia dilanggar oleh Akbar berikutan aktiviti lumba haram yang dilakukan pada malam Hafiz pulang daripada Masjid.

Ketika itu, mak dan bbah memang menunggu kepulangan Hafiz, anak mereka yang belajar di sebuah sekolah asrama agama. Hafiz adalah anak harapan mereka. Hafiz budak baik, solat tak tinggal, berbudi bahasa dan disayangi semua.

Disebabkan kehilangan tersebut, si mak tidak dapat menerima kenyataan dan tidak dapat melupakannya. Terus teringat kepada anak kesayangannya sehingga mengabaikan si Along yang juga terasa dengan keadaan tersebut.

Adakah akhirnya Akhbar akan tertangkap dan kematian Hafiz terbela? Bagaimana pula dengan keadaan si mak selepas kejadian tersebut?

Sumber : klapbod.com