Saksikan telefilem Gunting Bhavana yang akan ditayangkan semula sempena Deepavali ini iaitu pada 6 November 2026, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3. Selain itu, boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Nazir Jamaluddin, nukilan skrip daripada Hasnita Hamidi dan diterbitkan oleh produksi Primeworks Studios.
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Wayang TV3
Tarikh : 6 November 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : Hasnita Hamidi
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : Primeworks Studio
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Kogila Murali, Liza Abdullah, Kumaresan, Nawinia Murali, Takshandran Subhas Viya, Bell Ngasri, Subhas Vijay dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Kogila Murali sebagai Bhavana
- Liza Abdullah sebagai Mak Bedah
- Kumaresan sebagai Aadesh
- Nawinia Murali sebagai Mishka
- Takshandran Subhas Viya sebagai Ganesh
- Bell Ngasri sebagai Sufian
Sinopsis Telefile Gunting Bhavana
Telefilem Gunting Bhavana mengisahkan tentang Bhavana iaitu seorang tukang jahit telah kehilangan gunting turun temurun. Ketika itu, kesemua anak menantunya berada di rumah lalu Bhavana telah menuduh mereka menghilangkan gunting itu. Mereka merajuk dan pulang semula ke KL.
Suatu hari, jirannya Mak Bedah datang untuk menempah sari, sengaja Mak Bedah membelek timbunan kain yang berada di situ dan menjumpai gunting.
Bhavana terkejut dan menyesal kerana menuduh anak menantunya. Bhavana yang buta huruf mengajak Mak Bedah ke Kuala Lumpur untuk memujuk anak anaknya. Pelbagai insiden berlaku ketika menuju ke sana.