Jangan lupa saksikan drama terbaru MYTV Original, Semanis Warda yang akan bersiarna mulai 24 November 2026, setiap Selasa dan Rabu, jam 12.00 tengah hari menerusi platform MYTV Mana Mana.
Drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Sufea Hareez ini anda boleh strim secara online di laman web https://www.mana2.my/ atau menggunakan aplikasi MYTV Mana Mana.
Tayangan : MYTV Mana Mana
Tarikh : Mulai 24 November 2026 (Selasa & Rabu)
Masa : 12.00 PM
Pengarah : Uchee Fukada
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak
Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini seperti Izzue Islam, Riena Diana, Nelysa Kay, Ezaidi Aziz, Azqa Aziz dan ramai lagi.
- Izzue Islam sebagai Hamzah
- Riena Diana sebagai Warda
- Ezaidi Aziz sebagai Sufyan
- Azqa Aziz sebagai Amilin
Sinopsis Drama Semanis Warda
Drama Semanis Warda mengisahkan tentang Warda yang bangkit daripada pengkhianatan tunangnya dan adik tirinya, Amilin, sebelum dipertemukan dengan jirannya, Hamzah, yang mengembalikan memori indah arwah ibunya melalui kek lobak merah (carrot cake).