Selepas kali pertama diperdengarkan pada tahun 2017 oleh Noh Salleh, kini lagu Sang Penikam dinyanyikan semula dan dinamakan ‘Sang Penikam 2026’. Bukan itu sahaja, lagu ini turut dibawa oleh 2 penyanyi iaitu gandingan Noh Salleh bersama Ainal Abdul. Dapat nafas baru dengan gandingan yang mantap. Lagu ini turut menjadi OST bagi drama Cinta Dalam Sekam.
BACA JUGA : Lirik Cuba Jadi Aku – Nadeera
Sang Penikam 2026 kini boleh didengarkan secara striming menerusi platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, Youtube Music dan turut boleh didengarkan di corong-corong radio. Anda juga boleh turut dengar di laman youtube rasmi Noh Salleh tapi music video tiada lagi setakat ini.
Lagu : Sang Penikam 2026
Penyanyi : Noh Salleh, Aina Abdul
Komposer : Noh Salleh, Ade Paloh
Penulis Lirik : Noh Salleh
Lirik Sang Penikam 2026
[Aina Abdul]
Dalam Terang Malam
Ku Cari Semua Yang Telah Padam
Dari Suaramu
Dendam Dan Rindu Fana
Dan Ku Melayang
Terhempas Kenyataan Yang Membunuhku
Dalam Jiwaku
Yang Memimpikan Rindu
[Noh Salleh]
Namun Ku Tersedar
Harkat Pilu Yang Menyintai Rejam
Kaulah Putri Ayu
Yang Kan Menyimpan Dendam
Dan Ku Berjalan
Menghampiri Kenyamanan Yang Kan Ku Hujam
Dalam Dosaku
Aku Telah Mencarimu
[Aina Abdul & Noh Salleh]
Tak Bisakah
Ku Gantikan Semua Yang Tercela
Akan Ku Renggut
Kebahagianmu
Wahai Putriku
Maafkan Ku Lepas Pesan Ini
Kau Kan Memburuku
Dalam Bencimu
Tak Bisakah
Ku Gantikan Semua Yang Tercela
Akan Ku Renggut
Kebahagianmu
Wahai Putriku
Maafkan Ku Lepas Pesan Ini
Kau Kan Memburuku
Dalam Bencimu