Lirik Pawana Pawaka – Mawi

by

aimanabdullah

November 9, 2026

lirik pawana pawaka - mawi

Bagi yang merindui karya terbaru daripada Mawi, ini adalah untuk anda semua iaitu menerusi lagu Pawana Pawaka. Masih mengekalkan identiti beliau iaitu Pop Nusantara. Pawana membawa maksud angin dan Pawaka bermaksud api.

Mawi yang sinonim dengan tagline ‘World’ buat pertama kali bekerjasama dengan penerbit dari Sabah iaitu AJ Production Sdn. Bhd. Selain memperkenalkan lagu baru ini, mereka juga telah menghasilkan muzik video yang mana anda boleh tonton di laman youtube rasmi mereka.

Tajuk Lagu : Pawana Pawaka
Penyanyi : Mawi
Komposer : Jasnie Mohd Yaakub
Lirik : Kamarudin Hj Hasim

Lirik Lagu Pawana Pawaka

Ketika kembara di alam mayapada,
Melangkahlah dengan langkah yang bijaksana,
Berbagainya hambatan menghias perjalanan,
Itulah resamnya hidup bagi setiap manusia,
Sabarlah menghadapi apa yang kan mendatang,
Berputus asa jangan dari Rahmat yang Maha Esa.

Janganlah jadi hamba makhluk yang menyesatkan,
Penuh dengan semudaya dialah musuh manusia,
Sifatnya yang jenawa berbahasa hasutan,
Merosak keimanan pada insan yang bertaqwa,
Bertiupan pawana membisikkan warkah fitnah,
Bersemarak pawaka membakar nafsu amarah.

Jangalah jangan kita berkata dengan dusta,
Janganlah jangan sebar berita tiada pastinya,
Pawana berprasangka Pawaka panas bahangnya,
Janganlah terperdaya kelak menjadi mangsa,
Jauhi dari dendam dan fitnah,
Yang menjadi punca malapetaka.