Lirik Lagu Menang – Mimifly

by

aimanabdullah

October 20, 2026

lirik menang mimifly

Selepas Perkasa, Mimifly muncul lagi dengan satu buah lagu terbaru berjudul Menang dan kali ini hanya berseorangan. Lagu ini kini boleh didengarkan menerusi semua platform digital secara online.

Bukan itu sahaja, Mimifly juga telah kongsikan video lirik rasmi untuk peminat mendengarnya bersama liri. Anda boleh pergi ke laman youtube rasmi Mimifly.

Tajuk Lagu : Menang
Penyanyi : Mimifly
Komposer : Mimifly, Bo Amir Iqram
Lirik : Mimifly

Lirik Lagu Menang

Merenung langit melayan runsing
Berpusing-pusing hal-hal tak penting
Tandus ilham kendiku kering
Suara bertindan tapi terasing

Dan mereka pula tak henti-henti
Mencari jalan menanam benci
Aku tahu ini provokasi
Aku tak layan segala provokasi

Merata-rata dah kata-kata
Lidah lebih tajam dari mata
Mereka hanya mahu mengata
Seolah tahu isi di dada

Kanan kiri depan belakang
Ramai tunggu bila kau tumbang
Tanam budi berbilang-bilang
Emas juga dipandang orang

Lautan mana tak bergelombang
La la la la la la la
Tenang, tenang kau dah menang

Lautan mana tak bergelombang
La la la la la la la
Tenang, tenang kau dah menang

Catur hidup kena pandai
Sibukkan orang yang lain terabai
Kalau takut dilanda badai
Jangan buat rumah di tepi pantai

Aku belajar dari sunyi yang panjang
Makinku ditendang dada makin lapang
Apalah nasib orang cepat matang
Bila takdir masuk gelanggang

Yeah

Yang terasing akhirnya jaguh
Yang dicela berdiri teguh
Yang mengeji terpelanting jauh
Biar mereka cuba bersungguh-sungguh

Bersauh kalau penat berehat
Jangan luaran sahaja nampak sihat
Mama pesan selalu beringat
Tak semua suka kalau kau hebat

La la la la la la la
Lautan mana tak bergelombang
La la la la la la la
Tenang, tenang kau dah menang

La la la la la la la
Lautan mana tak bergelombang
La la la la la la la
Tenang, tenang kau dah menang

Shhhhhhhh..
Tiada bintang di kala siang,
Shhhhhhhh
Hakikatnya tak pernah pun hilang

La la la la la la la
Lautan mana tak bergelombang
La la la la la la la
Tenang, tenang kau dah menang

La la la la la la la
Lautan mana tak bergelombang
La la la la la la la
Tenang, tenang kau dah menang

Hembuskan segala bebanmu
Usapkan tangisan dan darahmu
Tenangkan jiwa dan ragamu
Pejamkan matamu, kau tahu..
Menang!