Penyanyi yang sedang meningkat naik, Daniel Kifli telah melancarkan single terbaru dan yang pertama untuk tahun 2026 iaitu menerusi Ku Yang Berjuang. Ianya merupakan sebuah lagu yang menceritakan tentang kejatuhan, kehilangan dan kekuatan untuk bangkit kembali meskipun berdepan dengan saat-saat paling sukar dalam kehidupan.
Lagu ini mendapat sambutan yang sangat luar biasa ketika awal-awal diperdengarkan kepada peminat. Lagu tersebut trending di pelbagai platform media sosial termasuk TikTok. Kini anda boleh dengar lagu ini di semua platform digital dan muzik lagu juga telah disiarkan menerusi laman youtube rasmi Rhunut Music.
Tajuk Lagu : Ku Yang Berjuang
Penyanyi : Daniel Kifli
Komposer : Ba Ermy, Jal Arya
Penulis Lirik : Danial Kifli, Ba Ermy, Jal Arya
Lirik Lagu Ku Yang Berjuang
[Verse 1]
Bila malam hadirnya rasa rindu
Terkenang segala tentangmu
Bila rindu sakitnya tak terungkap
Cuma air mata temanku
[Chorus]
Ku yang berjuang, akhirnya ku dibuang
Ku yang setia, akhirnya ku kecewa
Pahit hempedu terasa masih rindu
Apa caranya?
[Verse 2]
Walau rindu harus aku terima
Harus ku lepaskan dirimu
Walau sakit tetap aku pintakan
Semoga dirimu bahagia
[Bridge]
Kau mengajarkan aku
Apa itu erti cinta
Namun kau juga ajarkan aku
Apa erti derita
[Last Chorus]
Ku yang berjuang, akhirnya ku dibuang
Ku yang setia, akhirnya ku kecewa
Pedih hempedu terasa masih rindu
Apa caranya?
Langkah terhenti, segalanya telah pergi
(Pergilah engkau pergi)
Hadirku ini bayang yang membebani
(Kau yang telah membebani)
Ku sedar diri, diriku tak mengerti
Ku hanya melukai