Terkenal dengan lagu Menjaga Jodoh Orang Lain, Ara Johari kini kembali dengan sebuah lagi karya dan lagu terbaru berjudul Kisah Yang Hampir Sempurna. Ianya merupakan sebuah lagu yang berkisarkan tentang hubungan yang berakhir tanpa pengkhianatan atau kehadiran orang ketiga.
Lagu ini dilancarkan pada awal Oktober 2026 dan muzik video juga telah tersedia untuk ditonton. Jadi selain daripada tontonan di youtube, lagu ini juga anda boleh dengarkan menerusi platform digital seperti Youtube Music, Spotify, Apple Music dan sebagainya.
Tajuk Lagu : Kisah Yang Hampir Sempurna
Penyanyi : Ara Johari
Komposer : Aepul Roza, Daus Drama
Lirik : Aepul Roza, Ara Johari
Lirik Kisah Yang Hampir Sempurna
Kau dan aku tak lagi sama
Terjarak ke arah berbeza
Telah kucuba sebenar cuba
Namun tak berhasil bahagia
Selamat tinggal
Semua kisah kita yang dah tertulis
Selamat jalan
Walau sekian lamanya kita pertahankan
Akhirnya menjadi kisah yang hampir sempurna
Ohhhhh
Tuhan tolonglah aku
Melangkah walau masih cinta
Selamat tinggal
Semua kisah kita yang dah tertulis
Selamat tinggal
Semua kita kita yang dah tertulis
Selamat jalan
Walau sekian lamanya kita pertahankan
Akhirnya menjadi kisah yang hampir sempurna
Dan Hanya menjadi kisah yang hampir sempurna