Seorang komposer terkenal yang juga penyanyi, Ajai muncul dengan single terbaru berjudul Igau. Lagu ini dicipta khas dan seterusnye menjadi runut bunyi atau OST bagi filem Igau yang akan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia mulai 10 Disember 2026.
Lagu dikeluarkan lebih awal sebelum tayangan filem dimana anda kini boleh dengarkan di platform digital terpilih seperti Spotify dan Youtube Music. Dalam masa yang sama juga, turut dipertontonkan muzik video yang mana anda boleh saksikan di youtube Indigital Music.
Tajuk Lagu : Igau
Penyanyi : Ajai
Komposer : Ajai, WAKE THE BABY MUSIC PUBLISHING SDN BHD
Penulis Lirik : Raizo Almirez, WAKE THE BABY MUSIC PUBLISHING SDN BHD
Lirik Igau
Apakah ku terpedaya
Mainan hasutan meresahkan
Atau kesan realiti
Sering merindu dan ingatkanmu
Apakah maksud hatiku
Menyebut-nyebut namamu selalu
Tidak dapat ku mengerti
Apa bicara diri sendiri
Bukan sekadar mimpi malam hari
Cemaskan hati terkenang siang hari
Adakah semuanya kan berlalu
Atau percaya pada suara hati
Chorus
Igau aku, aku sebut namamu
Igau aku, aku dakap cintamu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Dalam mimpi-mimpiku
Kita menyulam kisah cinta
Igau aku, kita lakar bahagia
Igau aku, kita selamanya satu
Namun semua ini pastikan pergi
Pasti hilang terkikis
Terkikis hari demi hari
Ohhhh….
Ohhh..
Adakah semuanya kan berlalu
Agar percaya pada suara hati
Hatiku
Igau aku, aku sebut namamu
Igau aku, aku dakap cintamu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Dalam mimpi-mimpiku
Kita menyulam kisah cinta
Igau aku, bangkit mencari Bahagia
Igau aku, perjuangan cinta setia
Hadirlah, bertakhta di alam nyata
Agar aku mampu berdiri
Bangkit dari igau mimpi