Bulir Darahku merupakan single terbaru daripada Amira Othman dan kali ini bergandingan bersama Hazama. Lagu ini pernah menjadi OST bagi drama Kasih Yang Terkorban dimana pernah disiarkan di Astro Prima pada Julai 2026.
Lagu ini kini anda boleh dengarkan di semua platform dan penstriman digital seperti Spotify, Youtube Music, Deezer, Apple Music dan pelbagai lagi. Bukan itu sahaja, kini muzik video juga sudah siap dipertontonkan menerusi laman youtube rasmi SonyMusicMy VEVO.
Tajuk Lagu : Bulir Darahku
Penyanyi : Amira Othman & Hazama
Komposer : Farouk Roman
Penulis Lirik : Sissy Imann
Lirik Lagu Bulir Darahku
Di gelap malamku yang panjang
Aku masih berharap
Walaupun deras lagi
Lukaku ini…
Dan di ufuk pagi yang kelam
Aku terus melangkah
Walaupun perih
Ku tempuh
Dunia memisah
Ku dan engkau
Terbuku lara
Mencengkam
Ooo
Tuhanku dengarkanlah rayuan ku
Peluk lah aku
Ku telah bermandikan tangis ini
Ku pohon
Terpujuklah sukma ini
Terbantailah bayu sepi
Mengalirlah bahagia
Di bulir darahku