Cara Buat Bayaran i-Saraan KWSP Secara Online Menggunakan Maybank2U

by

aimanabdullah

April 28, 2025

i-saraan kwsp

Sebenarnya, anda tidak perlu beratur panjang di cawangan KWSP untuk buat bayaran caruman sukarela terutamanya bagi i-Saraan KWSP. Ini kerana, sebenarnya anda boleh lakukan secara online iaitu melalui perbankan online seperti menggunakan Maybank2U.

Jika melibatkan i-Saraan, pendaftaran kali pertama sahaja boleh diabuat dalam 4 cara iaitu menerusi KWSP i-Akaun, Laman Web KWSP, Self Service Terminal (SST) atau boleh terus datang ke mana-mana pejabat KWSP. Hanya perlu sediakan MyKad sahaja.

- Advertisements -

Kaedah Bayaran i-Saraan KWSP

Terdapat 7 cara dan kaedan bayaran i-Saraan KWSP iaitu :

  • Aplikasi KWSP i-Akaun
  • Perbank Internet (Maybank2u, Bank Islam, CIMB Bank, RHB Bank dan sebagainya)
  • Ejen Bank Berdaftar
  • Kaunter Ejen Bank
  • Pejabat KWSP
  • Pasukan Mobile KWSP
  • Self-Service Terminal (SST)

Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.

Jadi khusus untuk pengguna Maybank, disini akan ditunjukkan kepada anda cara untuk anda buat pembayaran bagi caruman sukarela (i-Saraan/i-Suri) secara online dengan mengguankan Maybank2U.

Cara Buat Bayaran Caruman Sukarela i-Saraan Menggunakan Maybank2U

Pastinya dengan cara ini, anda boleh lakukan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja selagi anda mempunyai internet. Pembayaran juga tidak dikenakan secara caj tambahan. Pastikan anda sudah ada akaun Maybank2U sahaja.

- Advertisements -

1)  Login terlebih dahulu Maybank2u seperti biasa di www.maybank2u.com.my

2)  Kemudian pada halaman utama, pilih tab “Pay & Transfer”

3)  Kemudian pada bahagian Pay > Pay To > Payee > New Payment dan piliha “EPF”

4)  Kemudian masukkan semua maklumat peribadi yang diperlukan seperti nombor KWSP, Nama, Nombor Kad Pengenalan dan Jumlah yang ingin dibayar. Pada bahagian EPF Account Type, sila pilih “i-Saraan/i-Suri”

Jika sudah lengkap semuanya, klik “PAY” dan buat pembayaran seperti biasa. Selesai!

Anda boleh semak status pembayaran melalui i-Akaun anda selepas beberapa hari.

Cara Buat Bayaran Menggunakan Public Bank

Jika anda pengguna Public Bank, anda boleh ikuti langkah dibawah bagi urusan pembayaran i-Saraan KWSP

1)  Login terlebih dahulu seperti biasa di perbankan online Public Bank di www.pbebank.com

2)  Pilih Payment > Other Payment > EPF

3)  Pada bahagian Payment Type, pilih “Bayaran Caruman i-Saraan/i-Suri”

4)  Masukkan semua butiran seperti nama ahli, no KWSP, no MyKad dan jumlah bayaran

5)  Request TAC dan buat bayaran seperti biasa.

Untuk maklumat lanjut berkaitan insentif i-Saraan, anda boleh pergi ke laman web KWSP atau klik pada pautan ini www.kwsp.gov.my/i-saraan