Boleh Pergi Klinik Swasta Tanpa Kena Bayar Melalui Skim Perubatan Madani

by

aimanabdullah

October 19, 2026

skim perubatan madani

Tahukah anda, jika anda pergi ke klinik kesihatan swasta untuk menerima rawatan, sebenarnya anda boleh tidak perlu bayar pun. Ini bermakna, anda boleh dapat rawatan secara percuma iaitu menerusi Skim Perubatan MADANI.

Mungkin ramai tak tahu tentang skim atau bantuan ini. Tetapi ianya telah diperkenalkan sejak tahun 2023 dan sehingga kini masih ada dan boleh digunakan bagi mereka yang layak.

Jadi nak tahu anda layak ke tidak untuk menerima Skim Bantuan MADANI ini, anda boleh semak di https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/ Kemudian pada pautan ini, masukkan No. MyKad atau dokumen yang berkaitan. Seterusnya klik Semak.

Akan dipaparkan status kelayakan anda sama ada LAYAK atau TIDAK LAYAK untuk Skim Perubatan MADANI ini.

Jika layak, anda dah boleh menggunakan skim ini dimana-mana klinik yang terlibat. Setakat ini, hanya ada di Johor, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur. Untuk senarai penuh, anda boleh rujuk disini.

Semoga bermanfaat.