Nisa keluarkan single pertamanya berjudul Berjuta Sayang dan kini boleh didengarkan di semua platform digital. Terkenal dengan nickname Nisayang di TikTok, beliau merupakan seorang pempengaruh media sosial dan juga salah seorang ahli dalam AI Team.
Tampil dengan sebuah lagu balada yang mana kini muzik video juga telah tersedia untuk tontonan ramai. Anda boleh saksikan menerusi laman youtube rasmi Rusa Music bermula 18 November 2026.
Tajuk Lagu : Berjuta Sayang
Penyanyi : Nisa
Komposer : Akir Hyper Act
Penulis Lirik : Frozen
Lirik Berjuta Sayang
[Verse]
Dalam diam mengejarmu
Sampai masa ku tak berdaya
Hari yang kita bertemu
Bukan nyata dan bukan dusta
[Pre c/o]
Bulan terang bulan kelam
Hari ini mengharap cintamu
Jiwa raga menghindarmu
Hati ini cinta terlerai mimpiku
[c/o]
Berjuta sayang menyulami
Dua Hati mungkin
Bersahutan, bertautan
Merakam kenangan
Walau hanya sekadar
Mimpi indah mu
Menemani,
Jiwa ini yang kekalutan
Mencari mu, kuberi segala
Agar kau mengerti rindu ku
[Verse 2]
Mana mungkin ku kembali
Jika tiada teman menanti
[Pre c/o]
Pulang cinta ke jiwanya
Menutupi jendela hatiku
Namun biar seketika
Harapan mengejar, jiwa
Kasihku yang sempurna
[Bridge]
Malam yang berbintang,
Dalam diam ku hanyut (dibuai)
Mimpi terlaksana (untuk segalanya)
Bagai tertulis masa
Pasti dikau ku cinta (Double)