Lirik Aku Yang Salah – Drama Band

by

aimanabdullah

September 29, 2026

lirik aku yang salah drama band

Antara band yang konsisten menghasilkan lagu setiap tahun dan kali ini Drama Band kembali dengan lagu terbaru Aku Yang Salah. Mendapat sambutan yang baik daripada pendengar dan terus menjadi antara lagu yang dimainkan di corong radio setiap hari.

Anda kini boleh perdengarkan Aku Yang Salah di setiap platform digital seperti Spotify dan Apple Music. Selain itu, muzik video juga telah siap dihasilkan dan anda boleh saksikan menerusi platform youtube MVM MUSIC dan DraamBandMY disini.

Tajuk Lagu : Aku Yang Salah
Penyanyi : Drama Band
Komposer : Aepul Roza, Daus SRK, Faz Bakar
Lirik : Aepul Roza, Daus SRK

Lirik Lagu Aku Yang Salah

Terluka, kau biarkan hatiku terluka
Sendiri berteman malam
Yang tak bernada
Hanya ku dan duka

Semua, harapan aku hancur semua
Mahligai indah berdua
Terhapus segala
Kerana dia

Aku yang salah
Kerana buta dalam bercinta
Sehingga aku tak mampu melihat dirimu
Yang sebenarnya

Andai ku bisa
Kembalikan hati yang berdarah
Agar kau tahu sakitnya rasa kecewa
Bila kau duakan cinta

Aku yang salah
Kerana buta dalam bercinta
Sehingga aku tak mampu melihat dirimu
Yang sebenarnya

Andai ku bisa
Kembalikan hati yang berdarah
Agar kau tahu sakitnya rasa kecewa
Bila kau duakan cinta