Festival Filem Malaysia 2026 telah melabuhkan tirai apabila diumumkan secara rasmi senarai pemenang bagi setiap anugerah yang dipertandingkan pada malam kemuncak yang berlangsung pada 21 November yang lalu.
Sebanyak 61 filem cereka yang layak dan mengambil bahagian dalam Festival Filem Malaysia ke-35 kali ini. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 25 kategori anugerah yang dipertandingkan.
BACA JUGA : Senarai Calon Top 5 Di Festival Filem Malaysia 2026
Malam kemuncak FFM35 telah dihoskan oleh Datuk Afdlin Shauki bersama Amelia Henderson. Berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dan siarkan secara langsung menerusi saluran RTM di TV2 dan RTM Klik.
Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-35 Tahun 2026
Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori anugerah yang dipertandingkan di Festival Filem Malaysia 2026:
1. Filem Terbaik – Khadam
2. Pengarah Terbaik – Shamyl Othman (Khadam)
3. Pengarah Harapan – Ezrie Gazali (Abah Saya, Uncle Mike)
4. Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Badak)
5. Pelakon Wanita Terbaik – Aida Amron (Badak)
6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Kuben Mahadevan (Macai)
7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Zarra Zhaff (Khadam)
8. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Jordan Kuan (The Waves Will Carry Us)
9. Pelakon Lelaki Harapan – Mierul Aiman (Tarung: Unforgiven)
10. Pelakon Wanita Harapan – Aila Azizul (Malam Terlarang)
11. Lakon Layar Terbaik – Fariza Azlina Isahak (Khadam)
12. Cerita Asal Terbaik – Shanjhey Kumar Perumal & Sivanantham Perianan (Macai)
13. Sinematografi Terbaik – Haris Hue (Khadam)
14. Penyunting Terbaik – Soo Mun Thye (The Waves Will Carry Us)
15. Skor Muzik Asal Terbaik – Rendra Zawawi (Khadam)
16. Penataan Seni Terbaik – Soon Yong Chow (Mother Bhumi)
17. Penataan Bunyi Terbaik – Soon Yuen Yiet (Khadam)
18. Lagu Tema Terbaik – “Tak Berlagu” (Khadam)
19. Rekaan Busana / Kostum Terbaik – Aida Fitri Buyong (Gayong 2)
20. Kesan Khas Visual Terbaik – Ameen Mustajab (Malam Terlarang)
21. Tatarias / Solekan Terbaik – Jessie Yeow (Khadam)
22. Poster Terbaik – Skyzen Studios (Blues)
23. Dokumentari Terbaik – Cekal: Kisah Bonnie Bunyau Gustin
24. Filem Pendek Terbaik – Salted Fish
25. Anugerah Aksi Dan Lagak Ngeri Terbaik – Defenderz Action Team (Tarung: Unforgiven)
Anugerah Khas
- Anugerah Khas Filem Box Office – Papa Zola The Movie (Monsta Studios)
- Anugerah Khas Juri 1 – Aghniny Haque (Khadam)
- Anugerah Khas Juri 2 – Badak
- Anugerah Khas Karyawan – Panchacharam P. Nalliah (Pansha)
- Anugerah Khas Sepanjang Zaman 1 – Seniman Ahmad Yatim
- Anugerah Khas Sepanjang Zaman 2 – Seniwati Primadona Fauziah Ahmad Daud