TV3 bawakan sebuah lagi drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama berjudul Tertulis Kita Sampai Syurga dimana ianya daripada karya novelist Aalin Amily bagi menggantikan Andai Masih Ada Maaf.
Drama ini akan mula disiarkan pada 9 November 2026, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia. Selain itu, anda boleh ikuti drama ini 24 jam lebih awal melalui Tonton.
Episod : 28
Bersiaran : Slot Akasia TV3
Tarikh : Mulai 9 November 2026 (Isnin – Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Ayuni Zamani, Adza Emie
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : MIG Sdn. Bhd. (Metrowealth)
OST Drama
Tajuk Lagu : Gagal Setia
Penyanyi : Ryenald Guntabid
Komposer : Ryenald Guntabid & Wan Muazzam Faiz
Penulis Lirik : Ryenald Guntabid & Melakaboy
Barisan Pelakon & Watak
Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama Tertulis Kita Sampai Syurga ini seperti Shukri Yahaya, Qistina Khaled, Ramona Zamzam Auni Yusri, Muhsin Nadzli, Emily Elizabeth, Hafeez Mikael, Rahim Jailani, Ainina Ahmad B, Adik Adra Azzahra, Adik Maya Fathia, Raff Roslee dan ramai lagi.
- Shukri Yahaya sebagai Luthfi Hakimi
- Qistina Khaled sebagai Arya Darlina
- Ramona Zamzam sebagai Fiona
- Auni Yusri sebagai Shaza
- Muhsin Nadzli sebagai Naufal
- Emily Elizabeth sebagai Mel
- Hafeez Mikael sebagai Firdaus
Sinopsis Drama Tertulis Kita Sampai Syurga
Drama Tertulis Kita Sampai Syurga mengisahkan tentang Arya Darlina iaitu seorang gadis muda yang ligat dengan kehidupan sosial, terpaksa menuruti jodoh keluarga untuk berkahwin pada usia muda dengan seorang duda bernama Luthfi Hakimi.
Arya yang belum bersedia memikul tanggungjawab besar enggan menerima peranan sebagai ibu kepada anak-anak Luthfi, malah melarang mereka memanggilnya ‘ibu’ atau ‘mama’.
Bagaimanapun, keperibadian Luthfi yang penyabar, penyayang, dan penuh kelembutan lama-kelamaan berjaya melembutkan hati Arya yang keras kepala sehingga bibit cinta mula mekar di antara mereka.
Kebahagiaan rumah tangga yang baru dibina mula goyah apabila dugaan datang bertubi-tubi. Naufal, lelaki dari masa lalu Arya, terus mengejar dan cuba merosakkan perkahwinan mereka, manakala bekas isteri Luthfi, Fiona, muncul semula untuk merebut kembali perhatian Luthfi.
Ujian terbesar melanda apabila Luthfi ditimpa musibah ngeri yang menyebabkan dirinya lumpuh sepenuhnya.
Arya kini bertukar peranan menjadi tunjang keluarga, menjaga suami yang tidak lagi berdaya serta anak-anak mereka, sekaligus menguji kesetiaan dan pengorbanan sucinya untuk mempertahankan janji perkahwinan mereka sehingga ke syurga.