Saksikan semula telefilem Doktor Idaman yang mana akan bersiaran pada 13 November 2026, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3. Selain itu, penonton juga boleh strim secara online di Tonton.
Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Liyana Jasmay, nukilan skrip daripada Fatin Syamimie dan diterbitkan oleh produksi tuan pengarah sendiri iaitu Mermaid Studios.
Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Wayang TV3
Tarikh : 13 November 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Idea Asal : Fatin Syamimie
Penulis Skrip : Fatin Syamimie
Pengarah : Liyana Jasmay
Produksi : Mermaid Studios
Pelakon & Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Doktor Idaman seperti Nadiya Nisaa, Bella Astillah, Dee Alhadi, Azrel Ismail, Nik Rafa’ie dan ramai lagi.
- Nadiya Nisaa sebagai Sarah
- Bella Astillah sebagai Meen
- Dee Alhadi sebagai Dada
- Azrel Ismail sebagai Dr. Imal
Sinopsis Telefilem Doktor Idaman
Telefilem Doktor Idaman mengisahkan tentang tiga wanita urban iaitu Sarah, Meen dan Dada yang jatuh cinta kepada seorang doktor hensem lagi kacak iaitu Dr. Imal di Klinik Idaman.
Ketiga-tiga mereka gilakan doktor itu tapi hanya seorang saja yang berjaya mencuri hatinya. Adakah mereka jatuh sakit atau sebenarnya mereka jatuh cinta?