Hujung minggu anda akan diserikan sekali lagi dengan telefilem Takkan Gentar. Akan bersiaran pada 14 November 2026, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3. Bagi yang terlepas atau nak tengok semula, boleh strim di Tonton.
Telefilem yang mengisahkan cabaran mengajar pelajar OKU Disleksia ini merupakan arahan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, nukilan skrip daripada Adza Emy dan diterbitkan oleh produksi Mache AllStar United Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Piliha TV3
Tarikh : 14 November 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM
Penulis Skrip : Adza Emy
Pengarah : Dato’ Ahmad Tamimi Siregar
Produksi : Mache AllStar United Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon & Watak
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Eman Manan, Nafiz Muaz, Fauzi Nawawi, Laila Nasir, Zarina Zainuddin, Dato’ Ahmad Tamimi, Zulkifli Salleh, Tengku Sariza, Wan Zahariman Daud dan ramai lagi.
- Eman Manan sebagai Omar
- Nafiz Muaz sebagai Ibrahim
- Fauzi Nawawi sebagai Amer
- Laila Nasir sebagai Laila
- Zarina Zainuddin sebagai Suri
- Dato’ Ahmad Tamimi sebagai Pengetua
- Zulkifli Salleh sebagai Cikgu Daud
Sinopsis Telefilem Takkan Gentar
Telefilem Takkan Gentar mengisahkan tentang Omar Ali iaitu seorang jurulatih kampung, gigih mengilap bakat pelajar OKU (disleksia), Ibrahim, menjadi atlet sekolah hingga ke kebangsaan.
Setiap hari Omar akan berulang-alik menjemput Ibrahim untuk berlatih berlari. Banyak masa Omar dihabiskan melatih Ibrahim menyebabkan hubungannya dengan isteri semakin renggang.
Namun ibu Ibrahim, Suri tidak bersetuju apabila Omar ingin melatih anaknya menjadi atlet, kerana dia tidak yakin dengan kemampuan Ibrahim. Hingga dia tidak lagi membenarkan Ibrahim berjumpa dengan Omar kerana dia mahu anknya hanya berjaya dalam pelajaran dan pandai membaca.
Namun Omar tidak berputus asa memujuk Suri untuk melepaskan Ibrahim terus berlatih dengannya dan dalam masa yang sama dia akan menitik beratkan pelajaran Ibrahim.