Drama Dua Nyawa Di iQIYI

by

aimanabdullah

November 12, 2026

dua nyawa

Pelakon yang kini meningkat naik Zarif Ghazzi akan muncul dalam drama Dua Nyawa berganding bersama Puteri Balqis dan Jazmy Juma sebagai teraju utama sepanjang penceritaan kisah kehidupan mereka.

Dua Nyawa yang mempunyai 12 episod ini akan menemui penonton mulai 13 November 2026 dengan episod baru ditayangkan setiap hari Jumaat dan Sabtu. Anda boleh strim secara online di iQIYI atau aplikasi mobile.

Episod : 12
Bersiaran : iQIYI
Tarikh : Mulai 13 November 2026 (Jumaat & Sabtu)
Penulis Skrip : Liza Nur
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

OST Drama

Tajuk : Ku Terima Bahagiamu
Penyanyi : Jazmy Juma
Komposer : Seow Seng Tack, Mohsein Kush, Aziz Harun, Jazmy Juma
Penulis Lirik : Seow Seng Tack, Mohsein Kush, Aziz Harun, Jazmy Juma

Pelakon & Watak

Selain watak utama, terdapat juga pelakon-pelakon lain seperti Vanidah Imran, Zarynn Min, Kodi Rasheed, Atilia Haron, Dato’ Sri Eizlan Yusof dan ramai lagi.

  • Zarif Ghazzi sebagai Fawwaz
  • Puteri Balqis sebagai Farhana
  • Jazmy Juma sebagai Zafran

Sinopis Drama Dua Nyawa

Drama Dua Nyawa bermula dengan kisah Farhana iaitu merupakan seorang gadis muda yang mendapati dirinya hamil selepas menjalinkan hubungan dengan Zafran.

Situasi itu bukan sahaja mengubah perancangan hidup Farhana, malah memaksanya berdepan dengan penolakan keluarga, tekanan masyarakat dan masa depan yang semakin tidak menentu.

Pada masa sama, Zafran perlu berdepan dengan persoalan tanggungjawab terhadap tindakannya. Dalam keadaan Farhana cuba mencari jalan untuk meneruskan kehidupan, Fawwaz pula memilih untuk terus berada di sisinya.

Fawwaz, yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Farhana, sanggup melakukan pengorbanan besar walaupun dia bukan bapa kepada anak yang dikandung Farhana.

Di sinilah konflik utama Dua Nyawa mula menjadi lebih rumit. Persoalannya bukan lagi sekadar siapa yang dicintai Farhana, tetapi siapa yang benar-benar bersedia memikul tanggungjawab apabila kehidupan tidak berjalan seperti yang dirancang.