Hukum Menyambut Halloween Bagi Umat Islam. Boleh Ke Muslim Join?

by

aimanabdullah

November 1, 2026

hukum sambut halloween

Zaman sekarang macam dah jadi perkara normal la kan apabila ramai Melayu Islam terutamanya menyambut Halloween. Cumanya ada persoalan timbul, sebenarnya orang Islam boleh ke sambut atau join perayaan ini?

Umum telah ketahui, perayaan Halloween ini pada asalnya bertujuan untuk bagi memperingati orang yang telah mati dan disambut pada 31 Oktober setiap tahun. Sudah pasti ianya bukan datang dari budaya tempatan atau daripada agama Islam sendiri.

Hukum Menyambut Halloween Bagi Umat Islam

Jadi menerusi perkara ini, pihak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan ada menyatakan hukum menyambut Halloween bagi umat Islam terutamanya di Malaysia adalah HARAM.

hukum menyambut halloween

Ini kerana dalam perayaan ini terdapat unsur-unsur tasyabbuh yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Ingatlah Rasullullah SAW telah bersabda; “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu” – Riwayat Abu Daud

Sumber : https://www.muftiwp.gov.my/