Achey muncul lagi dengan single terbaru dan kali ini menerusi lagu yang dicipta beliau sendiri berjudul Gadis Ayu. Sebuah lagu dengan rentak rancak yang sedap didengari, santai dan bersahaja yang dibawakan oleh beliau.
Gadis Ayu kini sudah boleh diperdengarkan di semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, Youtube Music, Spotify dan sebagainya. Bukan itu sahaja, anda juga boleh layan muzik video yang kini sudah ditayangkan di laman youtube rasmi Seventeen Eleven Music.
Tajuk Lagu : Gadis Ayu
Penyanyi : Achey
Komposer : Achey & Kembar
Penulis Lirik : Achey
Lirik Lagu Gadis Ayu
Suatu Hari Aku Sedang Berlari
Tersandung Jatuh Dan Terluka Di Dahi
Berdarah Dahiku…Pening Kepalaku…
Tiba-Tiba Ada Yang Hulurkan Tisu
Rupanya Kau Oh Si Gadis Ayu
Takkan Ku Lupa Akan Dirimu
Kerana Kau Di Dalam Hatiku
Walaupun Kau Tak Pernah Tahu Ohh…
Kau Berlalu Oh Si Gadis Ayu
Meninggalkan Saat-Saat Manismu
Sambil Memandang Senyumanmu
Jantungku Berdegup Laju
Si Gadis Ayu…
Rupanya Kau Oh Si Gadis Ayu
Takkan Ku Lupa Akan Dirimu
Kerana Kau Di Dalam Hatiku
Walaupun Kau Tak Pernah Tahu Ohh…
Kau Berlalu Oh Si Gadis Ayu
Meninggalkan Saat-Saat Manismu
Sambil Memandang Senyumanmu
Jantungku Berdegup Laju
Si Gadis Ayu…
Itulah dia, Oh Si Gadus Ayu
Kau Membuatku Sentiasa Merindu
Namun Sayangnya Kau Hanya Fantasi
Yang Kerap Ku Jumpa Di Dalam Tidurku
Si Gadis Ayu….
Dalam Mimpiku…
Si Gadis Ayu…