Pasti anda tertanya-tanya kenapa Indonesia orang panggil negara Konoha? Apa cerita disebaliknya? Sedangkan Konoha ni kalau anda layan Naruto, ianya asal-usul dari Jepun. Tapi kenapa boleh sampai ke Indonesia?
Jika dalam animasi Naruto, Konoha ini merupakan kampung ninja fiksyen. Di dalamnya terdapat seorang Hokage yang bertanggungjawab sebagai ‘Ketua Kampung’.
Sebenarnya, sebelum ini ada rakyat Indonesia cuba mengaitkan 7 Hokage yang pernah memerintah Hokage dengan Presiden Indonesia. Ianya seolah-olah memberitahu Konoha itu persis dengan Indonesia. Boleh baca sini penjelasan lengkap
Jadi sejak daripada itu, ramai yang mula memangil Indonesia itu negara Hokage. Bukan itu sahaja, Indonesia kini menjadi mangsa troll daripada negara jiran termasuk Malaysia.
Kalau orang Malaysia ada panggil Indonesia itu negara Konoha, bukanlah bermaksud puji tetapi sebaliknya.