Tarikh Buka Sekolah 2027 Dan Mula Persekolahan

by

aimanabdullah

October 20, 2026

tarikh buka sekolah 2027

Tarikh Buka Sekolah 2027 – Pasti ibu bapa ada yang tertanya-tanya bila tarikh buka Sekolah untuk tahun 2027 nanti? Adakah tarikh mula persekolahan tersebut telah diumumkan.

Bila tiba awal tahun, ibu bapa pastinya yang paling sibuk menyiapkan anak-anaknya untuk mulakan persekolahan untuk sesi baru. Jadi sebelum mula, kena tahu la bila tarikh persekolahan. Dengan itu, ibu bapa dapat bersedia lebih awal.

Jadi menurusi Kalendar Akademik tahun 2027 yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran (KPM), tarikh buka sekolah adalah sama untuk Kumpulan A dan Kumpulan B.

Untuk Kumpulan A, tarikh persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah pada 4 Januari 2027 (Isnin).

Manakala untuk Kumpulan B yang mewakili sekolah-sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, tarikh buka sekolah juga pada 4 Januari 2027 iaitu hari Isnin.

Jadi dengan adanya tarikh ini, semua pihak yang terlibat boleh bersedia lebih awal. Nak siapkan pakaian sekolah anak-anak, jadual pelajaran, waktu pembelajaran untuk murid dan sebagainya.

Kalendar Akademik Tahun 2027

Berikut merupakan Kalendar Akademik Tahun 2027 untuk Kumpulan A dan Kumpulan B. Terdapat juga tarikh awal persekolahan, jumlah hari persekolahan beserta cuti sekolah.

Sumber : KPM