Sempena Hari Raya Aidiladha pastinya ramai antara kita ingin memberikan ucapan atau mungkin pantun Hari Raya kepada kenalan, sanak-saudara dan pastinya orang tersayang sebagai pengganti diri.
Ditambah lagi kini kita mempunyai pelbagai platform untuk meluahkan ucapan Hari Raya seperti Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Jadi lebih mudah ucapan itu ingin disampaikan.
Raya Aidiladha juga antara salah satu daripada dua perayaan terbesar bagi umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji yang disambut pada hari ke-10 Zulhijjah dalam kalender Islam.
Tahun ini, umat Islam di Malaysia khususnya meraikan Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1446H bersamaan pada 7 Jun 2025 iaitu pada hari Sabtu. Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, jatuh pada hari Jumaat (7 Jun) yang juga disunatkan untuk puasa Arafah bagi yang tidak mengerjakan haji.
Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha Tahun 2025
Jadi semoga perkongsian senarai ucapan dan pantun Hari Raya Aidilfitri ini dapat memberikan anda sedikit sebanyak idea pada tahun ini.
Senarai Ucapan Hari Raya Umum
Ucapan 1
SALAM AIDILFITRI
10 Zulhijjah 1446H
،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
كُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ
Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Zulhijjah yang mulia ini.
Ucapan 2
Seandainya inginkan kebahagiaan, kena sentiasa bersedia untuk berkorban. Kerana dalam tiap kesusahan, Allah akan hadirkan kemanisan. Semoga tiap pengorbanan kita di muka bumi ini mendapat redha daripada Allah SWT. – Selamat Hari Raya Aidiladha
Ucapan 3
Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan serta keredhaan daripada Yang Maha Esa. Dengan ingatan tulus ikhlas. Disusun sepuluh jari, mohon ampun dan maaf andai ada tersalah laku serta terkasar bahasa.
Ucapan 4
Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. – Hadis Riwayat Imam Ahmad.
SALAM EID ADHA
Ucapan 5
Seekor kambing hanya boleh dibuat korban untuk satu orang sahaja. Seekor lembu boleh dikongsi 7 orang untuk dibuat korban. Manakala, seorang suami pula boleh dikongsi dengan 4 orang wanita (Jika wanita tersebut sanggup berkorban). Selamat Hari Raya Korban.
Ucapan 6
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM,
Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL,
Dikala itulah bermulanya sejarah agung Erti sebuah PENGORBANAN
Ucapan 7
Salam Aidiladha 1446H/2025M. Kami merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiadha kepada seluruh umat Islam.
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ
Labbaika Allahumma labbaik. Labbaika laa syariika laka labbaik. Innal hamda, wan-ni’mata, laka wal mulk, laa syariika lak.
Senarai Pantun Hari Raya
Indah langit kerana awan
Indah laut kerana kebiruan
Indah Aidilfitri kerana kemaafan
Indah Aidiladha kerana pengorbanan
Bulan Zulhijjah bulan mulia
Disambut dengan hati gembiri
10 Zulhijjah kini menjelma
Ucapan di kirim maaf dipinta
Pergi ke masjid dengan bapa
Diajak bersama rakan serta taulan
Salam Hari Raya Aidiladha
Salah dan silap mohon dimaafkan
Lembu dan Kambing sedang menanti,
Untuk dikorbankan sekejap lagi,
Sucikan diri ikhlaskan hati
Semoga korban diterima ilahi
Cari cacing di bawah titi,
Buat umpan pergi mengail
Ibadah korban kita hayati,
Lambang pengorbanan Ibrahim & Ismail
Mentari jingga awan berarak,
Bulan tiba bersilih mentari,
Ibadah korban kita semarak,
Moga diterima Rabbul Izzati.
Berhati-hati Dijalan Raya,
Biar Lambat Asalkan Selamat;
Selamat Hari Raya Aidiladha,
Kepada Semua Muslimin dan Muslimat.
Jangan Engkau Termenung Sahaja,
Cepatlah Siap Untuk Beraya,
Ingin Achik Ucapkan Buat Semua,
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Apabila Terjaga Di Pagi Hari,
Lihat Semua Berlawa Sakan,
Aidil Adha Berkunjung Lagi,
Marilah Sama Kita Raikan.
Bila Ayam Dah Tak Selera Makan,
Kambing Pula Resah,
Lembu Pura-Pura Gila,
Unta Jer Nampak Cool,
Itu Tandanya Raya Korban Dah Dekat.
Selamat Hari Raya Korban.
Sukaria Di Hari Raya,
Orang Tua Jangan Dilupa,
Jasa Mereka Sangat Berharga,
Kalaulah Tiada Mereka,
Siapalah Kita…
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA
Semoga dengan ucapan atau pantun Hari Raya ini sedikit sebanyak akan memeriahkan lagi Aidiladha kita semua terutamanya bagi berjauhan dan pastinya ucapan bagi mengeratkan lagi silaturahim bersama dengan yang lain.
Sumber : kongsilah.my