Lirik Gertak – Mimifly

by

aimanabdullah

November 8, 2026

lirik gertak mimifly

Selepas sebulan mengeluarkan single Menang, Mimifly kali ini memperkenalkan sebuah lagi lagu terbaru berjudul Gertak. Sebuah lagu lagi yang mengetengahkan rentak rancak dan pastinya ada pengajaran daripada lagu ini.

Mimifly memperkenalkan lagu ini serentak dengan muzik video. Jadi anda boleh layan lagu di semua platform digital seperti Spotify, Youtube Music dan Apple Music. Kemudian anda juga boleh tonton muzik video di laman youtube Mimifly.

Tajuk Lagu : Gertak
Penyanyi : Mimifly
Komposer : Mimifly, : Bo Amir Iqram
Penulis Lirik : Mimifly

Lirik Lagu Gertak

Minta perhatian lihat si dia
Asyik asyik cari jalan nak mengata
Sikit sikit merengek mengadu domba
Dah bagi betis, tapi dia nak paha…

Ha?
Aku bunga kembang berbalik kuncup
Ku bukan malaikat sabarku kelaut
Sampai sakit dadaku nafas tak cukup
Sebelum ku semput dan tersangkut-sangkut

Haaaaaa
Ku semangat
Haaaaaa
Ku beringat
Haaaaa
Kau mengada
Jangan auta

Jangan gertak
Pakai otak
Jangan gertaaaaakkkkk
Pakai otak

Kalau awak terlajak perahu
Awak boleh undur,
Kalau awak terlajak kata
Terjelepak gugur,

Tak ta ta takpe
Banyak bunyi barangnya takde
Banyak barang tak ada rasa
Tapi kita? Kita ada

Berjalan jaga kaki, berkata jaga lidah
Jangan kan nak jaga orang, sendiri bersepah
Pelihara kata, hati jangan lemah
Kalau tercemar, oh derita tak sudah sudah