Jangan lupa saksikan semula telefilem Rava Tosai yang akan bersiaran pada 7 November 2026, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau penonton juga boleh strim secara online di Tonton.
Telefilem ini pada awalnya ditayangkan sempena Deepavali pada tahun 2018 dan kini menemui penonton semula. Heykal Hanifah bertindak sebagai pengarah, nukilan skrip daripada Shaza Talib bersama Yus Paul dan diterbitkan oleh produksi Quiara One Productions Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 7 November 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Pengarah : Heykal Hanifah
Penulis Skrip : Shaza Talib, Yus Paul
Produksi : Quiara One Productions Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Ramesh Kumar, Kalpana Shree, Amyza Aznan, Joey Daud, Kogila Murali, Eagaivallinayagiammal, Ramassuntran dan ramai lagi.
- Ramesh Kumar sebagai Ravi
- Kalpana Shree sebagai Preet
- Amyza Aznan sebagai Fatimah
- Joey Daud sebagai Usop
- Kogila Murali sebagai Emak
- Eagaivallinayagiammal sebagai Nenek
- Ramassuntran sebagai Ramesh
Sinopsis Telefilem Rava Tosai
Telefilem Rava Tosai mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Ravi dan Preeti, yang telah tiga tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat.
Perkahwinan mereka yang bahagia mula goyah apabila Kenchana, ibu Ravi, mula campur tangan. Kenchana mendesak Ravi untuk berkahwin lain kerana beliau ingin melihat cucu pertama sebelum meninggal dunia.
Ravi dan Preeti berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan anak, malah Preeti turut meminta petua daripada jiran Melayunya, Fatimah. Keakraban Preeti dan Fatimah menimbulkan rasa cemburu dan kecil hati pada Kenchana.