Amir Ahnaf yang terkenal dengan watak lakonan Kahar menerusi siri Projek: High Council kini mengeluarkan sebuah single berjudul Gadis Melayu Terakhir. Daripada bidang lakonan dan kini beliau mengeluarkan sebuah naskah untuk halwa telinga terutamanya bagi peminat-peminatnya sendiri.
Lagu Gadis Melayu Terakhir yang membawa genre pop balada kini boleh didengarkan di semua platform penstriman seperti Youtube Music, Spotify, Deezer dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, lagu ini juga turut mengeluarkan muzik video yang mana anda boleh menonton di laman youtube Amir Ahnaf sendiri.
Tajuk Lagu : Gadis Melayu Terakhir
Penyanyi : Amir Ahnaf
Komposer : Justin Seow, Mohsein Kush, Aziz Harun, Amir Ahnaf
Penulis Lirik : Amir Ahnaf
Lirik Gadis Melayu Terakhir
Aku tahu engkau takut,
Ku janji ku akan jaga
Sebaik baik dunia
Akan ku hadiahkan untukmu
Bunga bunga yang terkumpul
Ku hulur pada dirimu
Tiada yg tersirat, selain dirimu,
Tiada yg ku mahu
Entah kau merasa sama
Dan aku mengharapkannya
Semoga, hatimu terbuka
Gadis melayu terakhir
Dunia menggelarkannya
Senyum dan tawamu,
Tutur dan bicara,
Engkau lah jelita
Cantikmu,
Menghias ruang dan waktu,
Dindaku,
Tak usah engkau meragu
Namamu,
Sering bermain dibibirku,
Ku sanggup,
Susah senang bersamamu
Gadis melayu terakhir
Tak perlu kau takut lagi
Sambutlah tanganku, bahagia untukmu
Bahgia untukku