Topup Boost Wallet Guna Kad Kredit. Duit Tu Boleh Bawa Keluar Tak?

by

aimanabdullah

October 25, 2026

boleh ke transfer duit boost ke bank

Sebenarnya persoalan ini biasa timbul bila melibatkan eWallet. Sebagai contoh, kalau kita topup Boost Wallet guna kad kredit adakah duit tersebut boleh dibawa keluar atau transfer ke akaun bank?

Boost Wallet juga merupakana antara eWallet yang popular di Malaysia. Sama seperti yang lain, selain daripada topup guna QR DuitNow atau perbankan online, Boost ini juga anda boleh topup menggunakan Credit Card atau Kad Kredit.

Tetapi anda kena tahu, sekarang biasanya bila anda topup eWallet guna kad kredit, akan ada caj tambahan yang dikenakan. Sebagai contoh kalau Touch n’ Go eWallet ada 1% caj. Tetapi untuk Boost Wallet ini, hanya dikenakan 0.75% sahaja. Lebih rendah. Kalau topup RM50, caj hanyalah 38 sen sahaja.

topup boost wallet guna kad kredit

Cumanya persoalannya adakah bila topup Boost Wallet ini, duit tersebut boleh bawa keluar tak? Boleh tak duit tu transfer ke akaun bank biasa dan cash out?

Jawapannya BOLEH

transfer duit boost ke bank

Sekiranya anda topup Boost Wallet anda menggunakan kad kredit, anda boleh bawa keluar duit tersebut. Caranya anda transfer ke akaun bank menggunakan DuitNow seperti biasa. Tiada caj dikenakan. Jika sudah masuk ke akaun bank, anda boleh withdraw seperti biasa di mesin ATM mengikut jenis bank anda.

berjaya transfer duit boost ke bank

Guna Boost Wallet Lebih Untung Daripada TnG eWallet

Untuk perbandingan, jika anda topup TnG eWallet guna kad kredit, dikenakan 1% caj bagi setiap transaksi. Berbanding jika anda guna Boost Wallet, hanya dikenakan 0.75% sahaja. Lebih jimat.

Jika berminat, anda boleh daftar akaun Boost dan jangan lupa masukkan kod aimfjhw.