Jika ingin lihat karya sulung Fattah Amin sebagai pengarah, anda boleh saksikan telefilem Noktah Dosa yang akan disiarkan pada 15 November 2026, hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV3.
Telefilem ini sebenarnya pernah ditayangkan pada tahun 2025 dan kini dibawakan semula untuk tontonan ramai. Jadi bagi meminati sebuah karya dan drama melayu tempatan, anda kena tonton Noktah Dosa ini nanti.
Tayangan Asal : 2025
Bersiaran : Slot Cereka Ahad TV3
Tarikh : 15 November 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Fairul Nizam Ablah & Fatin Amirah Syazwani
Pengarah : Fattah Amin
Produksi : Ano Films
Pelakon & Watak
Noktah Dosa menampilkan barisan pelakon-pelakon yang hebat antaranya Nafiz Muaz, Elvina Mohamad, Jasmin Hamid, Fattah Amin, Muhammad Khamil, Syed Muhazam, Hanisatul Aini dan ramai lagi.
- Nafiz Muaz sebagai Hafiz
- Elvina sebagai Kamelia
- Jasmin Hamid sebagai Madam
Sinopsis Telefilem Noktah Dosa
Telefilem Noktah Dosa mengisahkan Hafiz iaitu seorang pelajar pascasiswazah sosiologi yang sedang membuat kajian tentang dunia pelacuran. Penyelidikannya membawanya ke lorong gelap ibu kota, di mana dia bertemu Kamelia iaitu seorang wanita yang terjebak dalam dunia itu bukan kerana pilihan.
Tersentuh dengan latar hidup Kamelia dan penderitaan yang disembunyikan di sebalik wajah tenangnya, Hafiz mula berusaha untuk membantunya keluar dari cengkaman Madam iaitu figura pengendali sindiket yang dikawal penuh oleh watak garang.
Namun, jalan menuju perubahan tidak semudah yang dibayangkan. Kamelia harus berdepan dengan trauma, rasa malu, dan ketakutan yang membelenggunya selama ini. Mampukah dia menemui jalan pulang? Dan sejauh mana masyarakat bersedia menerima seseorang yang pernah berada di titik paling gelap hidupnya?