Lirik Yang Tinggal – Malique, Zizi Kirana, Yasin Sulaiman

by

aimanabdullah

September 22, 2026

lirik yang tinggal

Yang Tinggal menjadi naskah pertama daripada Yasin Sulaiman selepas beliau terpinggir sebentar daripada kehidupan masyarakat dan lagu bersama Malique dan Zizi Kirana ini pastinya menjadi permulaan untuk beliau kembali ke industri hiburan tanah air. Hasil gabungan 3 vokal unik dan terhasillah Yang Tinggal.

Anda kini boleh mula dengarkan dan strim Yang Tinggal di semua platform digital seperti Youtube, Youtube Music, Spotify dan banyak lagi. Jangan lupa untuk dengarkan lagu hasil terbaru daripada jeneral Malique bersama Zizi Kirana dan Yasin Sulaiman.

Tajuk Lagu : Yang Tinggal
Penyanyi : Malique, Zizi Kirana, Yasin Sulaiman
Komposer : Malique, Tripdisz
Lirik : Malique, Yasin Sulaiman

Lirik Yang Tinggal

مالك على العرش سمائي مهيمن
(Malik ‘alal-‘Arsyi samaa’i muhaiminun)

Yang tinggal, yang tinggal
Tangan kecil yang menggigil
Yang tinggal, yang tinggal
Darah merah, nyawa kerdil
Yang tinggal, yang tinggal
Dari sungai ke lautan
Yang tinggal, yang tinggal
Hanya mimpi dan harapan

Mentari bocor celah kaca retak
Suara yang meredakan semalaman yang memekak
Engkau tu lapar, keluar, pulang bawa roti
Katanya pasti ummi, dahinya dikucupi
Menyusur, gusar, redah kota yang kelumpuhan
Debu berpusar ikut ‘nari celah runtuhan
Angkasa tenang, pagi aneh tiada letupan
Simfoni perang tidur moga terpelihara degupan

Syukran, roti dicapai dan dijulang
Terbayang senyum umminya teruja mahu pulang
Genggaman diperkemas, langkahnya dideraskan
Berlari-lari anak nyanyi lagu kebebasan
Di selekoh terakhir terhenti terdengar bunyi
Dituli suara pembuli zanana yang digeruni
Sendiri, kaku, keliru berhadapan dengan maut
Ummi aku takut, tiada yang menyahut

Yang tinggal, yang tinggal
Tangan kecil yang menggigil
Yang tinggal, yang tinggal
Darah merah, nyawa kerdil
Yang tinggal, yang tinggal
Dari sungai ke lautan
Yang tinggal, yang tinggal
Hanya mimpi dan harapan

Fikiran ummi kucar, melihat luar, drone berputar,
Mencari-cari nyawa mana nak dibubar
Dia terapung di selekoh di antara runtuh kota
Ternampakkan lembaga manis buat mencukup kuota
Sasaran dikunci, sinaran datang membuta
Jeritan disepi, bedilan datang meluka
Kepulan dan percikan, serpihan dan cebisan
Sayup-sayup muncul suara kecil yang keperitan

Ditarik keluar jiran tahan rasa duka
Jasadnya bernyawa tapi dah berubah rupa
Semua kacir, tangisan dan takbir
Diseret celah lorong tuju hospital terakhir
Doktor jerit ya rabb! satu demi satu
Moga cukup anaesthesia, moga cukup waktu
Selang berapa detik, bom kedua gugur
Hospital rebah ke bumi, semuanya terkubur

Yang tinggal, yang tinggal
Tangan kecil yang menggigil
Yang tinggal, yang tinggal
Darah merah, nyawa kerdil
Yang tinggal, yang tinggal
Dari sungai ke lautan
Yang tinggal, yang tinggal
Hanya mimpi dan harapan

مَا الَّذِي يَبْقَىٰ؟
حِينَ تُحْرَمُ أَيْدِي الْأَطْفَالِ مَا الَّذِي يَبْقَىٰ؟
وَالْأَمَانِيُّ فِي الظَّلَامِ مَا الَّذِي يَبْقَىٰ؟
مَعَ الدُّمُوعِ وَالدَّمَارِ مَا الَّذِي يَبْقَىٰ؟
إِلَّا رَحْمَةُ الرَّحْمَٰنِ مَلِيكٌ عَلَىٰ عَرْشِ السَّمَاءِ مُهَيْمِنٌ
Mā allazī yabqā? hīna tuhramu aydiya al-atfāl
Mā allazī yabqā? wal-amāniyyu fī az-zalām
Mā allazī yabqā? ma’a ad-dumū’i wa ad-damār
Mā allazī yabqā? illā rahmatu ar-Rahmān

Seorang lagi bapa di liang lahad
Anak melawan tangis
Pengakhiran yang tragis, mangsa genosida sadis
Ibunya meratap dalam keracauan
Talkin menusuk hati, mata masih ngimbas awan
Sejak Nakba berapa jenazah kecil dah diusung?
Berapa dah dilumpuh berapa dah dibutat, dikudung?
Lindungi kanak-kanak dari perperangan toksik
Meha nahar adhayam falasteen tiheye khofshit
Falasteen tiheye khofshit

Yang tinggal, yang tinggal
Tangan kecil yang menggigil
Yang tinggal, yang tinggal
Darah merah, nyawa kerdil
Yang tinggal, yang tinggal
Dari sungai ke lautan
Yang tinggal, yang tinggal
Hanya mimpi dan harapan

إِلَّا رَحْمَةُ الرَّحْمَٰنِ
مَلِيكٌ عَلَىٰ عَرْشِ السَّمَاءِ مُهَيْمِنٌ
(Illā rahmat ar-Rahmān)
(Malikun ‘alā ‘arshi as-samā’i muhayminun)