Lirik Cinta Tersimpul Rapi – Intan Maya (Versi Baru)

by

aimanabdullah

September 14, 2026

lirik cinta tersimpul rapi - intan maya

Penyanyi muda yang kini meningkat naik, Intan Maya muncul dengan sebuah lagu berjudul Cinta Tersimpul Rapi untuk versi baharu. Ya, lagu ini diberi nafas baru yang mana penyanyi asal sebenarnya ialah Ani Suraya. Lagu tersebut telah diterbitkan pada tahun 1999 dan kini versi baru untuk tahun 2026.

Dikatakan lagu ini bersama penyanyinya, Intan Maya pernah mengalami kontroversi ketika awal penerbitan. Cinta Tersimpul Rapi telah dipopularkan semula menggunakan kecerdasan buatan (AI) pada awalnya menerusi Jane In Heaven. Sejurus selepas itu, barulah lagu versi baharu ini diterbitkan dan dikatakan bunyinya seakan lagu AI tersebut.

Meskipun begitu, lagu AI tersebut telah ‘dibenamkan’ dan kini hanya ada lagu versi terbaru daripada Intan Maya sahaja. Setakat ini, lagu tersebut mempunyai 1.4 juta penonton untuk Official Audia dan 313 ribu untuk tontonan muzik video.

Tajuk Lagu : Cinta Tersimpul Rapi
Penyanyi : Intan Maya
Komposer : Dr. Azmeer
Lirik : Lukhman S

Lirik Lagu Cinta Tersimpul Rapi 2026 – Intan Maya

[Verse 1]
Kuraih segala yang terkusut
Kusimpul agar menjadi rapi
Demi menjaga hatimu
Ku rela mengalah selalu
Mengapa kau berubah laku

[Chorus]
Inikah yang harus kuterima
Di atas setiap sekian lama
Engkau menjadikanku
Pelakon dalam sandiwaramu
Cintaku rinduku bukannya yang terkusut
Kuikat kubelai dan kusimpul

[Chorus]
Hati ingin berbicara
Hati pun sering bertanya
Di mana ujung jalan cerita
Bukannya di bibir tanpa sebarang kata

[Bridge]
Selangkah kau pergi seribu langkah aku mengejarmu
Sekelip mata engkau hilang seluruh pelosok kucari
Setinggi mana engkau membawa diri akan kudaki
Sedalam mana kau coba menyembunyi akankah kuselami
Biar terbukti biar bersaksi cinta kita cinta tersimpul rapi

[Chorus]
Hati ingin berbicara
Hati pun sering bertanya
Di mana ujung jalan cerita
Bukannya di bibir tanpa sebarang kata

[Chorus]
Selangkah kau pergi seribu langkah aku mengejarmu
Sekelip mata engkau hilang seluruh pelosok kucari
Setinggi mana engkau membawa diri akan kudaki
Sedalam mana kau coba menyembunyi akankah kuselami
Biar terbukti biar bersaksi cinta kita cinta tersimpul rapi