Drama Kudrat 1968: High Council Di Astro Ria

by

aimanabdullah

October 9, 2026

drama kudrat 1968 high council

Jangan lupa saksikan siri drama Kudrat 1968: High Council yang akan ditayangan bermula 11 September 2026, bersiaran setiap hari Jumaat, pukul 9.00 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Citra 108.

Selain daripada tayangan di Astro, anda juga boleh strim Kudrat 1968 secara online menerusi Astro X3 dan Sooka bermula pada 12.00 tengah hari pada hari sama. Turut ditayangkan di Netflix dengan waktu lebih awal pada jam 12.00 tengah malam.

Drama prequel daripada Projek: High Council ini merupakan arahan bersama Zulaikha Zakaria dan Khairi Asyraff, nukilan skrip daripada puan pengarah sendiri, Zulaikha Zakaria dan diterbitkan oleh produksi Astro Shaw.

Kudrat 1968: High Council ditayangkan dalam 2 format iaitu siri drama berpisod dan filem di pawagam. Dikeluarkan 4 episod bagi siri drama terlebih dahulu bermula 11 September dan kemudian ditayangkan di pawagam pada 29 Oktober depan.

drama SIRI kudrat 1968 high council

Episod : 4
Bersiaran : Astro Ria & Astro Citra
Striming : Astro X3, Sooka, Netflix
Tayangan : Bermula 11 September 2026 (Setiap Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Zulaikha Zakaria
Pengarah : Zulaikha Zakaria, Khairi Asyraff
Produksi : Astro Shaw

OST Drama

Tajuk Lagu : Manifestasi
Penyanyi : Sharul Kamal
Komposer : Sharul Kamal, Barr Hadif, Rudy Nastia
Penulis Lirik : Sharul Kamal, Barr Hadif

BACA JUGA : Lirik Lagu Manifestasi – Sharul Kamal (OST Kudrat 1968: High Council)

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi siri ini seperti Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Dai Fuad, Akmal Asyraf, Chech Harith, Evertts Gomes, Zamarul Hisham, Nabila Huda, Aziz M. Osman, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Johnny Gillett, Balkisyh Khan, Jebat Zulfar, Aleza Shadan, Yasmin Hani dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zarif Ghazzi sebagai Abbas
  • Mierul Aiman sebagai Kuda
  • Dai Fuad sebagai Pa
  • Akmal Asyraf sebagai Piji
  • Chech Harith sebagai Mazli
  • Evertts Gomes sebagai Ghafar
  • Zamarul Hisham sebagai Zainal Omar
  • Nabila Huda sebagai Nur
kudrat 1968 High Council

Sinopsis Drama Kudrat 1968 : High Council

Siri Kudrat 1968: High Council bermula dengan kisah mengenali watak Abbas yang memasuki KUDRAT dengan satu tujuan utama iaitu membantu adiknya, Fuad.

Bagaimanapun, langkah Abbas ke institusi berkenaan tidaklah semudah yang disangka apabila dia mula berdepan dengan dunia yang mempunyai sistem hierarki tersendiri. Di KUDRAT, kedudukan dan darjat seolah-olah memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana seseorang dilayan.

Dalam masa sama, Abbas turut berdepan dengan satu perkara yang lebih peribadi apabila kemasukannya ke KUDRAT mempunyai kaitan dengan nama bapanya, Ungku Deramat, yang pernah mengabaikannya.

Situasi tersebut sedikit demi sedikit membuka persoalan mengenai hubungan Abbas dengan bapanya serta legasi yang ditinggalkan di sebalik nama KUDRAT.