Selepas Sumpahan Mencintai, anda bakal disajikan dengan sebuah drama yang sarat dengan emosi iaitu Suamiku Anak Mak. Drama adaptasi novel karya Hash Aulia ini akan menemui penonton mulai 26 Oktober 2026.
Drama 24 episod ini akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot MegaDrama di Astro Ria 104 dan Astro Go. Selain itu, anda juga boleh strim secara online di Sooka.
Episod : 24
Bersiaran : Slot MegaDrama Astro Ria
Tarikh : Mulai 26 Oktober 2026 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Hafiz Abu Bakar, Baizura Kahar, Bainun Waheeda, Adib Zaini, Keen, Mike Alias
Pengarah : Nur Ain Sharif
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

OST Drama
Tajuk Lagu : Selesa
Penyanyi : Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini, Iqie Hugh
Penulis Lirik : Hael Husaini, Iqie Hugh
BACA JUGA : Lirik Selesa Daripada Hael Husaini
Pelakon & Watak
Suamiku Anak Mak menampilkan barisan pelakon hebat seperti Keith Foo, Emma Maembong, Dian P. Ramlee, Izzue Islam, Ady Mohammad, Fara Nadiah, Zulkifli Ismail, Nadya Syahera, Raja Azmi, Mejelyna dan ramai lagi.
- Keith Foo sebagai Haris
- Emma Maembong sebagai Zara
- Dian P. Ramlee sebagai Mak Leha
- Izzue Islam sebagai Ashraf
- Ady Mohammad sebagai Kimi
- Fara Nadiah sebagai Elly
- Zulkifli Ismail sebagai Pak Leman
- Nadya Syahera sebagai Lina

Sinopsis Drama Suamiku Anak Mak
Drama Suamiku Anak Mak mengisahkan tentang Zaraa yang berkahwin dengan Haris atas dasar cinta dan impian memiliki keluarga bahagia.
Namun selepas berkahwin, Zaraa baru menyedari bahawa suaminya itu merupakan seorang “anak mak”. Kehidupan rumah tangga mereka sering dicampuri oleh ibu Haris, Mak Leha yang sentiasa menjadi keutamaan suaminya.
Konflik mula meruncing apabila Haris gagal bertindak adil dalam membahagikan tanggungjawab serta kasih sayang antara ibu dan isterinya, malah timbul juga syarat untuk mereka tinggal sebumbung bersama mak mentua.
Apabila segala pengorbanan Zaraa tidak dihargai, dia terpaksa membuat pilihan besar sama ada mahu mempertahankan cintanya atau menjaga maruahnya sendiri.