Telefilem Rahsia Kelabu Di TV3

by

aimanabdullah

November 22, 2026

Rahsia Kelabu

Hujung minggu anda akan disajikan kembali telefilem Rahsia Kelabu yang mana akan bersiaran pada 22 November 2026, hari Ahad, pukul 9.00 malam di slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh strim secara online di Tonton.

Telefilem pada asalnya ditayangkan pada tahun 2025 ini menampilkan Kamal Adli, Khatijah Tan bersama Yusof Hashim sebagai teraju utama sepanjang penceritaan.

Tayangan Asal : 2025
Bersiaran : Slot Cereka Ahad TV3
Tarikh : 22 November 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Shaza Talib & Suzanna Zaily Zin
Pengarah : Isma Yusoff
Produksi : Jaja Ishak Channel Sdn Bhd

Pelakon & Watak

Selain itu, terdapat juga penampilan daripada Nelizza Nizam, Hazrat Muaz, Aqell, Boy Ibrahim dan ramai lagi.

  • Kamal Adli sebagai Rahimi
  • Yusof Hashim sebagai Rizal
  • Khatijah Tan sebagai Ibu Ros
  • Nelissa Nizam sebagai Safia

Sinopsis Telefilem Rahsia Kelabu

Telefilem Rahsia Kelabu bermula dengan kisah Ibu Ros mempunyai dua orang anak lelakiiaitu Rahimi dan Rizal. Namun Ros tidak adil dalam memberikan kasih sayang terhadap dua anaknya.

Ros selalu lebihkan Rahimi sehingga menyebabkan Rizal terasa hati. Bayangkan anak kecil yang dahagakan kasih sayang ibu, hanya memandang sayu melihat si ibu melebihkan abangnya sedangkan dia juga mahukan perhatian dari si ibu.

Setelah sekian lama, Ros mula rindukan Rizal dan meminta Rahimi mencari Rizal. Pada mulanya Rahimi agak berat hati tapi demi ibunya, dia turutkan hasrat ibunya.

Setelah Rizal pulang ke pangkuan keluarga, Ros cuba memberikan kasih sayang yang dia abaikan sewaktu Rizal kecil, sehingga menyebabkan Rahimi kecil hati.

Di telan mati mak, di luah mati bapak, Rahimi tidak selesa dengan kehadiran Rizal kerana isterinya, Safiya dahulunya merupakan bekas kekasih Rizal. Agak rumit juga hubungan keluarga mereka ni.