Itinerari Trip Mount Fuji 3H2M - Nikmat Keindahan Alam Di Lake Yamanaka Jepun

Itinerari Trip Mount Fuji 3H2M

Tidak ku sangka, kurang dari 6 bulan selepas jejak kaki di Tokyo Jepun, aku datang kembali ke sini. Tapi kali ini hanya short trip sahaja iaitu ke kawasan Mount Fuji untuk 3 hari 2 malam sahaja. Kalau sebelum ni cover Kawaguchiko sahaja, tapi kali ini kita pergi jauh sikit ke Lake Yamanaka.

Kawasan paling mudah untuk sampai ke kawasan Mt. Fuji dari Tokyo adalah di Kawaguchiko. Disebabkan itu juga, disini menjadi pusat tumpuan orang ramai terutamanya tourist atau pelancong. Disini juga menjadi pusat hentian public transport; train dan bus.

Pada Oktober 2024 yang lepas, aku datang ke Mt Fuji dalam trip 9 hari Osaka-Tokyo yang mana ketika itu adalah awal musim luruh. Perbezaan ketara berbanding trip Januari 2025 ini adalah cuaca dan keadaan Gunung Fuji.

Boleh aku katakan, sebenarnya Gunung Fuji tidak sempurna tanpa diliputi salji pada permukaannya. Itulah aku alami pada bulan November. Takda salji lagi. Tapi kali kedua ini, alhamdulillah, Mt. Fuji sudah diliputi salji dan menjadi sepuluh kali ganda lagi cantik.

Keadaan Gunung Fuji dah cantik berbanding sebelum ni, tapi takkan nak pergi ke kawasan sama juga kan. Jadi trip kali ini selain kwasan Kawaguchiko, aku tambah lagi satu kawasan baru untuk cover iaitu di Lake Yamanaka.

Kalau sebelum ni, aku bawa kawan bertiga. Trip kali ini, adik aku plak bawa. Berdua sahaja. Aku jadi tukang luluskan saja. Nak tengok full itinerari ke Mt. Fuji anda boleh klik link dibawah. Aku dah sediakan semuanya termasuk kos perbelanjaan.

>> Itinerari Ke Mt. Fuji Cover Kawaguchiko Dan Lake Yamanaka Untuk 3 Hari <<

Itinerari Trip Mount Fuji 3H2M

Aiman
Aiman Kaki travel weh Sponser la aku jalan | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Itinerari Trip Mount Fuji 3H2M - Nikmat Keindahan Alam Di Lake Yamanaka Jepun"