Itinerari Trip Ke Hong Hong-Macau Untuk 4 Hari
Cuba cari negara empat musim yang tak terlalu mahal dan tak terlalu jauh. Akhirnya aku jumpa Hong Kong yang mana aku dapat tiket flight return around RM500 juga. Tak cukup dengan itu, tambah satu negara lagi ke Macau untuk day-trip. Maka terjadilah itinerari ke Hong Kong-Macau.
Macau ni negara tau, bukan negeri, daerah atau kawasan tau. Jadi trip aku kali ni, aku sampai ke 2 negara terus. Tapi utamanya adalah Hong Kong, sebab aku pergi Macau ni seharian je. Tak bermalam disana. Pergi pagi balik malam.
BACA JUGA : Itinerari Ke Osaka-Tokyo-Mt Fuji Jepun Untuk 9 Hari
Selain niat untuk travel oversea, sebenarnya nak penuhi 'sembang' rakan-rakan sejak zaman sekolah je. Duk ajak nak travel, tapi semuanya hanya sembang. Tapi sekarang dah ada duit sikit, baru boleh ketimbang untuk jadikan realiti. hahaha Bajet pun tak lebih RM1500 seorang.
Trip ni tak lama pun, aku pergi berempat selama 4 hari sahaja iaitu pada pertengahan November 2024. Jadi 3 hari di Hong Kong dan 1 hari di Macau. Aku turun di International Airport Hong Kong dan balik ke KLIA juga disini. Cuma untuk ke Macau aku menggunakan perkhidmatan feri iaitu di HK-Macau Terminal Ferry.
Jadi aku nak kongsikan itinerari penuh selama 4 hari ketika di Hong Kong-Macau. Termasuk dokumen yang perlu disediakan, tempat penginapan, tempat-tempat menarik untuk dilawati, makanan-makanan halal, cara nak ke Macau, kos perbelanjaan keseluruhan dan tips-tips lain. Semuanya aku ada tulis di blog olacuti dengan klik link dibawah :
Post a Comment for "Itinerari Trip Ke Hong Hong-Macau Untuk 4 Hari"
Post a Comment