Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs JDT Liga Super 2024

Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs JDT Liga Super 2024

Minggu ke-14 Liga Super 2024 akan ditutup dengan pertembungan sengit antara Selangor vs JDT pada 27 Oktober 2024, hari Ahad.

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada jam 8.15 malam. Turut akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena Bola 803 dan live streaming di Sooka

Aksi ini menjadi tumpuan peminat bola sepak kerana ia adalah perlawanan tunggal yang diadakan pada hari ini, menjadikannya lebih istimewa dan dinantikan.

Tiket untuk perlawanan ini telah dijual melalui laman web https://www.tickethotline.com.my/, dengan harga RM25 bagi tiket terbuka.

Walau bagaimanapun, tiket telah habis dijual sejak Jumaat lalu, membuktikan bahawa minat terhadap perlawanan ini sangat tinggi di kalangan peminat bola sepak tempatan.

Pertemuan Dua Pasukan Teratas

Pertemuan antara Selangor dan JDT sentiasa mencetuskan keghairahan di kalangan penyokong. Kedua-dua pasukan ini kini berada di puncak liga, dengan JDT di tempat pertama mengumpul 31 mata, manakala Selangor di tangga kedua dengan 26 mata.

Kemenangan dalam perlawanan ini amat penting, khususnya buat Selangor yang mahu merapatkan jurang mata.

Sejak sedekad yang lalu, pertembungan antara kedua-dua pasukan ini tidak pernah mengecewakan. Peminat mengharapkan satu lagi perlawanan yang penuh dengan aksi dan detik-detik dramatik di padang.

Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs JDT Liga Super 2024

Mencari Kemenangan di Gelanggang Sendiri

Ini adalah pertemuan ketiga antara Selangor dan JDT musim ini. Walaupun Selangor telah ditewaskan dengan 1-6 dalam final Piala FA sebelum ini, mereka kini mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah.

Selangor perlu bermain dengan lebih bijak untuk mengekang serangan pantas JDT dan cuba mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata penting di hadapan penyokong setia mereka.

Keputusan Perlawanan

Selangor vs JDT

Masa : 8.15 pm
Venue : Stadium MBPJ
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Perlawanan ini menjanjikan satu lagi episod sengit dalam perseteruan antara dua pasukan gergasi bola sepak Malaysia. Saksikan perlawanan ini untuk melihat siapa yang akan menguasai Liga Super musim ini!

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs JDT Liga Super 2024"