Perak vs JDT Liga Super 2024 : Info Perlawanan Dan Live Streaming

Perak vs JDT Liga Super 2024 : Info Perlawanan Dan Live Streaming

Saingan Liga Super 2024/2025 diteruskan lagi untuk hari ketiga dan salah satu perlawanan yang berlangsung adalah mempertemukan Perak vs JDT.

Seperti yang dijadualkan, perlawanan ini akan akan berlangsung pada hari Sabtu, 17 Ogos 2024 bertempat di Stadium Perak di Ipoh. JDT akan bertandang sebagai pasukan pelawat.

Anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara live streaming di Sooka. Boleh tonton sama ada di laman web atau aplikasi mobile.

Penonton Tuan Rumah Pastinya Tidak Sabar Untuk Menyaksikan Perlawanan Perak vs JDT

Setiap kali mana-mana pasukan Liga Super bertemu juara sedekad, Johor Darul Ta’zim pastinya venue perlawanan akan dihadiri oleh ribuan penonton untuk menyaksikan secara dekat.

Dengan berlangsungnya perlawanan Perak vs JDT ini, pastinya penonton tuan rumah juga tidak mahu ketinggalan untuk datang ke stadium bagi menyaksikan sendiri aksi kedua-dua pasukan.

Adakah pasukan kesayangannya mampu untuk memberikan tentangan kepada JDT? Atau pasukannya menjadi mangsa seterusnya bagi kemenangan bergaya yang diraih oleh pasukan lawan.

Jadual & Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan jadual perlawanan antara Perak vs JDT untuk aksi Liga Super bagi minggu kesembilan (LS9) yang berlangsung pada 17 Ogos 2024, hari Sabtu.

Manakala keputusan perlawanan pula, akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan. Jadi jangan lupa dapatkan info penuh di olasukan.

Perak vs JDT (Perlawanan terpaksa ditunda atas faktor cuaca. Tarikh baru akan diumumkan kemudian)

Masa : 9.00 pm
Venue : Stadium Perak
TV : Arena Bola 803
Live Stremaing : Sooka

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Perak vs JDT Liga Super 2024 : Info Perlawanan Dan Live Streaming"