JDT vs Selangor : Siaran Langsung Final Piala FA 2024/2025

JDT vs Selangor : Siaran Langsung Final Piala FA 2024/2025

Piala FA Malaysia, yang pertama kali diadakan pada tahun 1990, merupakan salah satu kejohanan bola paling berprestij di negara ini.

Pada tahun 2024, kejohanan ini telah mencapai edisi yang ke-34 dan menjanjikan satu perlawanan akhir yang epik dimana mempertemukan dua buah pasukan hebat. Kalau tidak, manakan mampu untuk sampai ke final.

Perlawanan akhir ini adalah antara Johor Darul Ta'zim (JDT) yang akan berdepan dengan Selangor iaitu dua pasukan gergasi bola sepak Malaysia yang akan bertarung bagi merebut gelaran juara.

Sejarah Kemenangan JDT dan Selangor Dalam Piala FA

Selangor merupakan salah satu pasukan yang paling berjaya dalam sejarah Piala FA Malaysia. Mereka telah memenangi kejohanan ini sebanyak lima kali, seiring dengan Kedah sebagai juara paling banyak Kejayaan ini mencerminkan dominasi Selangor dalam bola sepak tempatan selama bertahun-tahun.

Di pihak yang lain, JDT juga tidak kurang hebatnya. Pasukan dari selatan tanah air ini telah menjuarai Piala FA sebanyak tiga kali.

Akan tetapi, sekiranya JDT berjaya memenangi perlawanan ini, mereka akan mencipta sejarah sebagai pasukan pertama yang menjuarai Piala FA secara hatrik atau juara tiga kali berturut-turut, satu pencapaian yang luar biasa dalam bola sepak Malaysia.

senarai juara piala fa

Head-to-Head JDT vs Selangor

Untuk rekod, dalam lima perlawanan terakhir antara JDT dan Selangor, JDT telah memenangi kesemuanya. Kemenangan ini merangkumi perlawanan dalam Liga Super, Piala FA, dan Piala Malaysia, menunjukkan kekuatan dan konsistensi JDT dalam menghadapi Selangor.

Namun, dalam dunia bola sepak, tiada yang mustahil. Selangor pasti akan memberikan saingan sengit dalam usaha mereka untuk memenangi kembali Piala FA dan memecahkan dominasi JDT.

Siaran Langsung JDT vs Selangor

Pertembungan epik antara JDT vs Selangor akan berlangsung pada hari Sabtu, 24 Ogos 2024, jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Para peminat bola sepak boleh menyaksikan perlawanan ini secara langsung di Astro Arena 801, Astro Arena Bola 803, dan saluran Sukan RTM di Myfeeview 111.

Bagi yang lebih gemar menonton secara live streaming, perlawanan ini juga boleh ditonton melalui aplikasi Sooka dan RTM Klik.

Dengan pelbagai platform tayangan, para peminat bola sepak tidak mempunyai alasan untuk ketinggalan perlawanan yang pastinya mendebarkan ini.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2024/2025 antara JDT dan Selangor pada hari Sabtu ini.

Dengan sejarah dan rekod pencapaian kedua-dua pasukan, perlawanan ini menjanjikan aksi yang sengit dan mendebarkan. Sama ada anda penyokong tegar JDT, peminat setia Selangor, atau sekadar pencinta bola sepak, pastikan anda menyaksikan pertembungan epik ini!

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "JDT vs Selangor : Siaran Langsung Final Piala FA 2024/2025"